Jumaat, 26 Februari 2016

Travelog : Lambaian Qatar (7)


Al Ruwais, Qatar.


Hari Khamis, kami keluar awal untuk melihat kawasan di luar Doha. Qatar mempunyai sepuluh daerah atau wilayah iaitu Ad-Dawhah, Al-Ghuwariyah, Al-Jumaliyah, Al-Khawr, Al-Wakrah, Ar-Rayyan, Jariyan al Batnah, Madinat ash-Shamal, umm Salal dan Mesaieed. Di samping pulau-pulau kecil di Teluk Parsi.Semenanjung Qatar sepanjang kira-kira 160 kilometer dan lebarnya sekitar 90 kilometer. Bentuk muka bumi Qatar sebahagian besarnya adalah datar dan berpasir. Tujuan perjalanan kami ialah untuk ke utara semenanjung Qatar.





Al Ruwais menjadi matlamat utama.

R&R  yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.

Kawasan permainan kanak-kanak turut disediakan di tempat R&R.

Al Khor terkenal dengan pantainya namun kami tidak sempat untuk singgah.

Sesekali ternampak ladang-ladang yang besar  saiznya di tepi lebuh raya. Bilangan ladangnya tidak sebanyak yang terdapat di Arab Saudi. Tidak ternampak langsung unta atau kambing berkeliaran di tengah padang pasir. Khemah-khemah juga tidak banyak, hanya kawasan padang pasir tanpa pokok memenuhi muka bumi negara ini.

Pintu gerbang ladang
Selepas simpang untuk ke Al Khor, kami singgah di Al Jassasiya Rocks Carvings untuk melihat kesan sejarah di situ. Kawasan agak terbiar dan tidak kelihatan penduduk di situ. Terdapat jalan bertar yang terhad saiznya untuk dilalui. Kami melalui jalan tersebut sehingga berjumpa sebuah rumah yang besar dan cantik. Kiri-kanan jalan tersebut dipenuhi jalan tanpa tar. Kami agak ragu namun terus meninjau kawasan berhampiran. Kami sampai ke tempat yang dicari dengan menggunakan bantuan GPS dari telefon bimbit. 


Jalan ini hanya untuk ke rumah persendirian.

Terdapat sebuah kawasan rata yang luas dan berpagar. Juga beberapa pintu gate untuk dimasuki. Malangnya kesemua pintu gate berkunci dan tidak kelihatan sesiapa di situ. Kami yakin ianya bukan waktu lawatan untuk dimasuki atau mungkin memerlukan lawatan berkumpulan.


Rocks Carvings yang mahu dilihat (gambar dari google)

Namun sebuah pondok yang tinggi menarik minat kami, satu-satunya binaan di situ. Kami singgah untuk melihat apa yang ada di situ.


Pondok tinggi


Banyak tumbuhan renek

Pelbagai warna yang menarik
Di atas pondok, kelihatan kawasan yang luas dari sini.

Rumah dan pantai persendirian dapat dilihat dari jauh di sini.

Tinggi....gayat oooo
Banyak tumbuhan terbiar kelihatan

Kami meneruskan perjalanan ke Al Ruwais. Perjalanan terasa begitu lama, jauh dan membosankan. Walhal jaraknya tidak terlalu jauh, kurang dari 100 km. Kami membandingkan perjalanan jauh yang biasa kami tempuhi di Arab Saudi. Contohnya perjalanan dari Riyadh ke Mekah sejauh 1000 km, tidak langsung menjemukan. Berbanding perjalanan di lebuh raya Qatar, ini kerana bentuk muka buminya yang hampir sama.Jarang kehidupan di sekitarnya, jika ada pun agak jauh dari lebuh raya.


Kompleks sukan yang menyerupai kubu pertahanan
berhampiran bulatan Al Ruwais.
Hiasan di bulatan
Hiasan di bulatan

Akhirnya kami tiba di Al Ruwais Port dan kelihatan kawasan meletak bot nelayan yang sangat cantik dan terjaga. Sukanya hati kerana dapat melihat air laut dari dekat dengan warna yang begitu asli.

Bot nelayan
Bot-bot disusun cantik

Ada yang memancing
Bersih 
Laluan ke kawasan meletak bot
Airnya jernih
Banyak bot
Ada keluarga yang sedang memberi makan kepada ikan yang
sedang lapar.
Bahagian paling utara Qatar
Pemandangan dari kawasan meletak kereta
Terasa lapar, kami singgah makan di kawasan masjid
Kawasan dalam masjid. Tidak ada tempat khas untuk
wanita sama ada tandas atau ruang solat. Kami
masuk aje.

Selepas makan tengahari, kami meninjau sekitar bandar untuk melihat suasana kehidupan di situ. Penduduknya tidak begitu ramai namun kelihatan agak padat.

Masjid yang agak besar
Villa yang dikelilingi tembok tinggi
Air laut sedang surut, banyak perahu di tepi pantai
Rumah ini terletak berhampiran pantai...bentuk dan saiz lebih kurang
di Arab Saudi
Musim buah oren
Pagar tinggi, cukup melindungi tuan rumah.
Masjid kecil dan unik.

Sedikit sejarah Qatar : Qatar sebelumnya dibawah takbir Kerajaan Abbasiyah di zaman kegemilangan Islam sehingga tahun 1783. Pada tahun 1766 suku kaum dari Al Khalifa dari Kuwait berpindah ke Zubarah, Qatar. Mereka berjaya menawan Bahrain dari Parsi pada tahun 1783 seterusnya menguasai kawasan tersebut. Saud bin Abd Aziz dari Arab Saudi pula berjaya menguasai Teluk Parsi dan Qatar pada tahun 1788. Namun keturunan Al Khalifa kembali berkuasa pada tahun 1825. Pada tahun 1871- 1915 Qatar dikuasai pula oleh Kerajaan Uthmaniyah, Turki. Selepas Perang Dunia 1 (1914-1918) Qatar dijajah oleh Inggeris. Pada tahun 1916 Kerajaan Inggeris membuat perjanjian perlindungan dengan Qatar dan menjadikan keluarga Al Thani sebagai penguasa turun temurun Qatar. 1997, Qatar mendapat kemerdekaan sepenuhnya dengan Sheikh Khalifa bin Hamad Al Thani sebagai penguasa. Emir Hamad bin Khalifa Al Thani mengambil alih pemerintahan dari bapanya pada tahun 1995. (Digulungkan tanpa pertumpahan darah) Pada tahun 2013, Emir Hamad bin Khalifa menyerahkan jawatan Emir kepada anaknya Sheikh Tamim bin Hamad al Thani.

Sistem pemerintahan Qatar adalah monarki tradisional, diperintah oleh seorang Emir. Pemerintah didasarkan kepada konstitusi yang telah dipersetujui pada tahun 2003. Sebahagian besar kekuasaan di tangan keluarga yang berkuasa. Perdana Menteri berfungsi sebagai ketua pemerintahan dengan kabinet yang dipanggil Dewan Menteri yang membantu tugas-tugas eksekutif. Terdapat Lembaga legislatif, Majlis al Syura (Dewan Penasihat) dengan 45 anggota. Dua pertiga dari anggota dewan dipilih melalui pilihanraya dan selebihnya dilantik oleh emir.

Kami meneruskan perjalanan ke Al Zubarah yang penuh sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...