Isnin, 8 Februari 2016

Travelog : Lambaian Qatar (3) - Corniche Doha & Masjid Qatar

Corniche Doha  & Masjid Negara Qatar

Qatar bukanlah pilihan utama untuk dikunjungi bagi mereka yang menetap di Arab Saudi. Dubai dan Abu Dhabi lebih diminati untuk lawati di musim cuti sekolah. Bagi kami yang pernah transit di Dubai dan Abu Dhabi sebanyak dua kali, memilih untuk ke Qatar yang belum kami jejak. Anak saudaraku Wan Suhana dan keluarga pernah tinggal di Doha selama hampir dua tahun. Walaupun kami pernah dipelawa untuk ke Doha tetapi komitmen kerja dan belajar menghalang kami dari berbuat demikian. Walaupun ada yang berpendapat tidak ada yang menarik di Doha, ianya tetap menarik minat kami. Banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi sehingga percutian selama lima hari dan empat malam, terasa masih belum mencukupi. Entri kali ini membawa kami ke dua tempat penting di Doha iaitu Masjid terbesar di Qatar dan sekitar Corniche yang menjadi nadi kehidupan penduduk sekitar Doha. 

Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab atau Masjid Negara Qatar dibuka pada tahun 2011. Memuatkan seramai 30,000 jemaah. dan Terletak di Muhandiseen Street. Mengambil nama sempena ulama yang terkenal dari Arab Saudi yang sinonim dengan fahaman Wahhabi.

Pemandangan masjid dari jalan raya

Kawasan sekitar depan masjid

Kita boleh melihat  Doha Skyline dari masjid

Pintu masuk masjid untuk lelaki

Ruang untuk mengambil wudhu bagi nisa'


Ruang untuk ke bahagian solat nisa'

Kami ke sekitar Corniche yang begitu panjang  dan luas beberapa kali. Aku tidak pasti dari mana ianya bermula dan berakhir. Ianya begitu panjang dan dijaga dengan rapi. Pokok kurma menjadi tarikan utama dan rumput menghijau begitu subur sehingga sayang untuk memijaknya. Bunga-bunga ditanam sekitar kawasan dengan pelbagai warna yang menarik perhatian. Sememangnya kawasan ini menjadi tumpuan ramai terutama di hujung minggu. Suasana di hujung minggu penuh dengan pekerja asing yang bercuti. Mereka duduk beramai-ramai sambil berbual, ada yang sibuk bergambar dengan telefon bimbit masing-masing dan ada yang senang melepak di tembok yang memisahkan kawasan pejalan kaki dengan laut yang luas. Tambahan pula ada disediakan tempat untuk mengecas bateri secara percuma di sekitar kawasan tersebut.

Doha Skyline dari Corniche

Diwan atau Parlimen Qatar
Parlimen Qatar dilihat dari jalan raya
Pelbagai bangsa sedang berehat di hujung minggu
Sekitar Pelabuhan Dhow di Corniche.... agak kecewa kerana banyak sampah di dalam laut.


Doha Skyline 









Replika mutiara yang menjadi sejarah negara

Gambar berikut diambil sekitar pukul 7.30 pagi hari Sabtu. Kabus tebal memenuhi sekitar Corniche sehingga ada ketikanya bangunan tinggi hilang dari pemandangan. Matahari turut tidak kelihatan dan suhu begitu sejuk sehingga keluar asap dari mulut....hihihi.
Hilang dari pandangan
Walaupun sejuk, ramai yang memancing dan beriadah.
Kabus menghilangkan pemandangan sekitar.

Kabus kian hilang,suasana cerah semula
Kreatif - Deretan pokok bunga yang
indah
Memenuhi hasrat..... akhirnya

Lampu isyarat di Qatar, sama di semua tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...