Ahad, 14 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (132) - Kuih Tempek @ Lempeng Pisang


Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu lepas dapat beli buah Pisang Awak  dan daun pisang dari Lulu Hypermarket. Jemput-jemput pisang dan lepat pisang sudah pun dibuat. Ehmm..aku pun menghabiskan stok pisang yang berbaki dengan membuat tempek @ lempeng pisang pula. Disebabkan daun pisang yang beli agak kecil saiznya jadi aku gunakan untuk melapik tempek @ lempeng yang aku buat. Dalam kesejukan pagi hari Sabtu, aroma daun pisang yang dibakar bersama lempeng pisang begitu menambat selera. 

Resepi Tempek @ Lempeng Pisang

Bahan2:
6 biji pisang awak
1 cawan tepung gandum
2-3 sudu besar kelapa segar/kering
Sedikit garam
2-3 sudu besar gula pasir
Sedikit minyak
Sedikit air

Cara Membuatnya:
1.Lecek sehingga halus pisang di dalam sebuah
   bekas. Masukkan semua bahan lain dan kacau
   sehingga sebati.

2.Panaskan frying pan dan letakkan sedikit
   minyak.
3.Letakkan daun pisang dan masukkan adunan
   lempeng pisang dan ratakan. Biarkan sehingga
   keperangan.


4.Letakkan sehelai daun pisang di atanya 
   sebelum membalikkan lempeng tersebut.




5.Angkat apabila bahagian yang diterbalikkan
   juga keperangan. Ulang sehingga habis.
6.Hidang sewaktu masih panas.


Menyihatkan dan sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...