Isnin, 22 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (135) - Lamb Kebab



Bismillahirrahmanirrahim

Bagi aku roti nipis yang diisi dengan isi ayam atau daging kambing yang dipanggang lalu digulung adalah kebab. Makanan yang amat digemari ketika berkunjung ke Mekah atau Madinah suatu masa dahulu. Harganya yang murah sekitar 2 rial amat lazat dengan sayuran serta sos tambahan. Kini baru aku tahu, ianya dipanggil Shawarma dan masih popular di seluruh Arab Saudi. Banyak kedai shawarma beroperasi seluruh Riyadh dan boleh dibeli dengan harga semurah 5 rial.

Di kedai Shawarma

Kebab pula adalah isi daging yang dihidang bersama roti Arab dan sayuran yang diletak secara berasingan. Makanan popular yang kerap dikaitkan dengan Turki ini begitu sedap sekali. Adana Kebab, Iskender Kebab, Doner Kebab dan sebagainya melambangkan asal usul kebab. Kebab lebih mahal harganya dan bergantung kepada jenis daging. Kebab kambing lebih mahal berbanding yang lain. Kami memang peminat tegar kebab terutama dari kedai Turki.









Aku membuat kebab kambing dua minggu lepas. Senang sahaja menyediakannya dan lebih puas dimakan kerana hanya dengan 1/2 kilo daging kambing mampu menghasilkan 16 keping kebab yang sederhana saiznya. Jika makan di kedai, satu hidangan biasanya hanya mengandungi 2 keping kebab sahaja untuk seorang makan. Aku menyediakan nasi Kabsah untuk dimakan bersama dengan kebab kambing yang aku sediakan, 

Resepi Lamb Kebab
Bahan2:
1/2 kg daging kambing segar
1/2 biji bawang besar
1/4 biji lemon(ambil jusnya)
4-5 biji cili padi/hijau
1/2 sudu besar parsley kering
1/2 sudu besar sumac (delima kering)
1/2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1/2 - 1 sudu besar serbuk cili kering
1/4 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
Daun ketumbar segar dihiris halus/kisar

Cara Membuatnya:
1.Masukkan sebahagian dari daging, bawang
   besar dan cili ke dalam food processor.
   Kisar.
2.Masukkan sebahagian daging lagi bersama
   semua bahan lain.Kisar sehingga halus.



3.Masukkan ke dalam sebuah bekas dan simpan
   di dalam peti sejuk selama 2 jam.
4.Keluarkan daging dan bentukkan pada lidi atau
   skewer. Basahkan tangan dengan air untuk
   memudahkan kerja .



5.Bakar di atas frying pan atau oven sehingga masak.
   Bakar bersama bawang, cili , tomato dan cili
   paprika jika suka. Hidang sewaktu masih panas.






Boleh dimakan bersama nasi atau roti atau begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...