Isnin, 8 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (128) - Donut 2 in 1


Donut yang gebu memang sedap untuk dimakan. Terdapat banyak resepi yang menawarkan donat yang gebu, lembut dan sedap. Aku telah mencuba beberapa resepi tersebut namun sambutan dari ahli keluarga tidak begitu menggalakkan. Akhirnya aku yang terpaksa menghabiskan donut2 tersebut. Aku pun tidak berminat untuk membuat donut  lagi.
Satu hari anak buah aku yang bernama Wan Suhanis telah berjaya membuat kuih pau berpandukan resepi yang terdapat di dalam blogku ini. Dia begitu gembira dan membuatnya lagi keesokan harinya. Disebabkan dia menggunakan dua adunan jadi agak banyak hasilnya lalu dia pun membuat donut sebahagian dari doh pau tersebut. Setelah aku diberitahu akan hal tersebut aku pun mencubanya.
Semenjak itu setiap kali  membuat pau aku akan bahagikan doh pau yang aku sediakan kepada dua iaitu untuk pau dan donut. Biasanya untuk donut aku akan goreng sekejap dan aku sejuk bekukan untuk dimakan di waktu lain.  Donut yang digoreng begitu laku sehingga kerap kali aku tidak sempat merasainya.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Donut
Bahan2:
3 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
½ cawan gula (boleh dikurangkan)
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan minyak masak
1 biji telur
1 cawan air suam
½ sudu kecil garam
Gula halus untuk salut

Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan kecuali air suam ke dalam
   mangkuk adunan mesin pengadun roti.
2.Masukkan sedikit demi sedikit air sambil adunan
   diadun selama 15- 20 minit.
3.Keluarkan doh yang terhasil dari mangkuk, uli 
   dengan tangan sehingga boleh dibentuk doh tersebut
   biarkan sekejap(5 minit)
4.Canai doh tersebut dan tekap dengan acuan donut.
   Boleh juga dibentuk sendiri seperti membuat kuih
   keria.
5.Biarkan doh tersebut selama lebih kurang 45 minit.
6.Goreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan.
7.Salut dengan gula halus/kaster selepas digoreng.
8.Jika hendak disejukbekukan, goreng sekejap
   sahaja(sekadar donut kembang dan masih putih)
   Keluarkan dan sejukkan sebelum dimasuk ke dalam
   bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.




Memang gebu.
Simpan dulu---bila-bila boleh cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...