Ahad, 14 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (133) - Mini Murtabak


Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama aku mahu membuat resepi yang pernah aku pelajari ketika menghadiri kursus 'Frozen Food' beberapa tahun dahulu. Resepi ini mudah untuk dibuat kerana kita tidak perlu menyediakan kulit untuk membuatnya. Kulit popia yang bersaiz besar memadai untuk dijadikan kulitnya. Kulit popia mudah dibeli di kebanyakan mall di Riyadh. Pun begitu kulit popia yang dijual di sini agak bertepung dan tebal sedikit berbanding yang dijual di Malaysia. Walau bagaimana pun rasanya memang sedap. Untuk intinya pula aku menambah dengan meletakkan lebih banyak daun ketumbar seperti yang aku biasa makan di Mekah. Martabak @ Mutabak berharga SAR10 mudah dibeli Food Court, di Tingkat 3, Safwah Tower. Aku suka beli di kedai yang terletak bersebelahan dengan Kedai D'Saji milik Felda Malaysia.
Intinya boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Mini murtabak ini juga boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan disejukbekukan.



Bahan2 yang diperlukan.

Resepi Mini Murtabak.

Inti Mini Murtabak
Bahan2:
1 cawan isi ayam yang dikisar
2-3 sudu besar rempah kari daging jenama Adabi
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang besar diketuk
Sedikit minyak
Garam
Sedikit air.
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali.
   Masukkan bawang besar dan goreng hingga
   keperangan.Masukkan bawang putih dan
   rempah.
2.Goreng rempah sehingga garing dan masukkan
   sedikit air dan garam. Kacau.
3.Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga 
   dan agak kering. Angkat dan ketepikan.

Bahan untuk Mini Murtabak (4-5 mini murtabak)
Kulit popia
2-3 biji telur
1 biji bawang besar didadu
Daun ketumbar 
Garam (jika perlu)
Sedikit minyak

Cara Membuatnya:
1.Pecah kan telur ke dalam sebuah mangkuk.
   Masukkan  separuh  inti murtabak, bawang
   dan daun ketumbar.Kacau supaya sebati.


2.Letakkan sekeping kulit popia di atas sebuah pinggan.
   Masukkan bahan bahan 1 ke dalamnya.

3.Lipat kulit popia supaya jadi empat segi.




4.Panaskan sebuah frying pan dan letakkan
   sedikit minyak. Letakkan mini murtabak
   di atasnya. Goreng sehingga kekuningan.





5.Ulangi sehingga habis intinya.




Hidang ketika panas.

Lembut dan sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...