Selasa, 23 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (136) - Roti Berinti Kurma




Bismillahirrahmanirrahim

Idea untuk membuat roti berisi kurma timbul setelah pulang dari Madinah. Semasa di Madinah, suamiku dan Saffura telah membeli roti yang berisi kurma dengan saiz yang agak besar. Malangnya aku tidak sempat merasa atau mengambil gambarnya kerana ianya habis dimakan sebaik sahaja kami masuk ke bilik hotel.
"Sedap roti kurma ni, rasa macam maamoul." Beritahu Saffura kepadaku.
"Patut la." Balasku.
Isi kurma sudah lama aku beli untuk membuat maamoul tetapi asyik bertangguh kerana belum sempat membeli acuannya. Jadi aku menggunakan inti kurma tersebut untuk membuat roti. Dengan adanya isi kurma yang tersedia memudahkan kerja aku kerana aku tidak perlu menghancurkan kurma untuk dijadikan pes. Aku pun mereka bentuk roti berinti kurma seperti yang dibeli tempoh hari. Alhamdulillah rasanya sedap sangat.
Disebabkan doh roti agak banyak jadi aku pelbagaikan dengan memasukkan sosej juga.

Mudah didapati dan murah pula.

Resepi Roti Berinti Kurma

Bahan2
2 sudu besar yis kering
4 sudu besar gula
2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum + 3 cawan tepung gandum (asingkan)
2 sudu teh garam
1/4 cawan minyak/mentega
1 biji telur (pilihan)
1 susu besar susu pekat (pilihan)
Bijan (jika suka)

Cara Membuatnya:
1. Masukkan yis, gula, air suam dan 2 cawan tepung gandum
    ke dalam sebuah bekas yang sesuai  dan biarkan sehingga
    terbentuk buih  (10 minit lebih)
Dah ada buih

2. Masukkan 3 cawan tepung gandum, telur, susu pekat,
    garam dan minyak/mentega. Gaulkan sebati dan uli
    (jika guna mesin - 20 minit)sehingga terbentuk doh
    yang lembut  kenyal.
 
Jika diuli mencukupi, doh yang terhasil mudh dibentuk

3. Bahagikan kepada bahagian yang lebih kecil.
    Untuk roti berinti kurma 100 g setiap satu.
    Untuk roti sosej 40 g. Bentukkan bulat.

  
4. Leperkan doh  roti  dan isikan dengan inti
    kurma yang dibentuk panjang.


5.Gulungkan dan buat bentuk bulat seperti
   donut besar.




6.Guntingkan bahagian tepinya dan susun
   di atas dulang pembakar.
7.Sapukan susu segar dan tabur bijan di atasnya.



8. Biarkan roti naik menjadi dua kali ganda(45 minit)
9. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit
    atau sehingga perang.
10. Keluarkan dan terus sapu dengan mentega supaya
     berkilat.Sejukkan.






Untuk Roti Sosej.
Canaikan doh roti. Masukkan sosej dan gulung.
Potong sosej sehingga putus dan bentukkan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...