Rabu, 9 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (94) - Pau Kaya


Pau memang diminati kami sekeluarga. Saban minggu aku menyediakannya. Pau juga menjadi bekalan ketika di dalam perjalanan yang jauh seperti untuk Mekah atau Madinah. Sepanjang malam kami akan memakannya jika tidak habis boleh dimakan di waktu pagi pula.
Tiba-tiba  Pau yang aku buat tidak begitu elok seperti selalu. Semuanya okay tetapi apabila aku membuka penutup periuk pengukus setelah Pau masak, kulit Pau menjadi kerepot/berkedut. Sangat la tidak menyelerakan aku melihatnya. Rasa kecewa terubat balik bila Pau yang dibuat menjadi semula. Namun kejadian seperti itu berulang buat kali keduanya. Aku amat kecewa dan puas aku mencari sebabnya di laman blog. Tidak banyak maklumat yang aku dapat di blog. Antara alasan yang diberi ialah terlalu banyak Pau yang diisi di dalam periuk pengukus, api terlalu kecil/besar, doh Pau tidak kembang dengan sempurna dan penutup terus dibuka setelah Pau masak.
Aku masih tidak berpuas hati lalu aku bertanya kepada sepupuku Maznah. Emak Maznah adalah emak saudaraku yang kami panggil Ndak. Ndak memang menjual Pau sebagai sumber pendapatan di zaman mudanya. Akhirnya aku mendapat jawapannya.
"Nak masak Kuih Pau ni,,,mesti 5 minit sahaja, jangan terlebih atau terkurang."Pesan Maznah di dalam group WhatsApp kami. Maznah juga memberi resepinya kepada kami kerana ramai yang minat makan Pau. di dalam group WhatsApp kami. Jadi aku pun membuat sedikit ubah suai dari resepi Pau yang aku gunakan selama ini. Aku tambah 1 bii telur supaya permukaan pau menjadi lebih lembut. Jadi aku kurangkan sedikit air yang digunakan. Hasilnya memang amat memuaskan. Jadi ada dua resepi Pau yang boleh dicuba di dalam blog ini.


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Pau Kaya
Bahan2:
3 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
½ cawan gula (boleh dikurangkan)
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan minyak masak
1 biji telur
1 cawan air suam
½ sudu kecil garam
Inti Kaya secukupnya

Cara Membuatnya:

1.Campurkan semua bahan kecuali air suam ke dalam
   mangkuk adunan mesin pengadun roti.
2.Masukkan sedikit demi sedikit air sambil adunan
   diadun selama 15- 20 minit.
3.Keluarkan doh yang terhasil dari mangkuk, uli 
   dengan tangan sehingga boleh dibentuk doh tersebut
   biarkan sekejap(5 minit)
4.Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil anggaran
   30g hingga 50g (ikut saiz yang dikehendaki)
6.Bentukkan doh supaya menjadi bulat dan leperkan
   doh tersebut. Masukkan inti dan kemaskan menjadi
   bulat yang licin dan cantik. Pastikan bahagian atas lebih
   tebal supaya tidak kelihatan bayang isinya selepas
   dimasak.
7.Letakkan di atas kertas daun pisang  sebagai alas.
   Biarkan doh tersebut selama lebih kurang 45 minit.
8.Kukus dengan api yang agak besar dengan penutup
   kukus dibalut dengan kain selama 5 minit sahaja.


Comel dan sedap.

Mesti la gebu dan lembut.

1 ulasan:

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...