Selasa, 22 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (104) - Cupcakes



Aku berpeluang bersama beberapa orang pelajar TIKL berkursus di Kolej Komuniti Selayang. Ianya diuruskan oleh rakan sekerja, Pn Khairah Hasni. Ianya merupakan peluang kedua aku ke sana selepas aku sendiri pernah menganjurkan kursus membuat roti untuk staf TIKL. Modul kali ini merangkumi teknik menyediakan dan menghias cupcakes, pavlova dan macaron. Selepas kursus aku tidak berpeluang untuk memcubanya sendiri terutamanya pavlova dan macaron yang bagiku terlalu manis. Namun di Riyadh macaron tersangat popular.


Aku menghadapi masalah untuk membeli cream well di Riyadh. Setelah bertanya dengan beberapa orang sahabat, ternyata tidak ada cream well di sini. Alhamdulillah Pn Nor sudi berkongi kaedah menyediakan cream untuk dijadikan hiasan cupcakes. Cream cheese digunakan sebagai ganti cream well...ehmmm rasanya pun enak sekali. Resepi asal adalah rainbow cupcakes namun aku tukar menjadi cupcakes biasa sahaja. Resepi ini untuk 12 biji cupcakes.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Cupcakes
Bahan A
130 g mentega
113 g gula kastor
Bahan B
3 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
Bahan C
95 g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Diayak bersama
Bahan D
20 g/ml susu segar
warna pilihan: ungu,biru,merah,kuning,oren,merah(pilihan)

Cara Membuatnya
1.Putar bahan A sehingga putih dan gebu (8-10 minit)
2.Masukkan bahan B diselang seli dengan bahan C sedikit demi
   sedikit. Jika mula dengan tepung, diakhiri dengan tepung juga.
3.Akhir sekali masukkan susu segar.Kacau hingga sebati.
4.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.Masukkan
   ke dalam mangkuk kertas menggunakan sudu.
5.Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Butter cream
300 g marjerin
250 g cream well
200g gula icing
pewarna
Pukul  marjerin, cream well dan gula icing sehingga lembut.Tambah warna
yang dikehendaki

Atau (aku guna resepi ini)
250 g cream cheese
125 g mentega
120 g gula icing
1/2 sudu kecil perisa pilihan (aku guna rasberi)
Putar cream cheese sehingga lembut dan tidak berbintil
Masukkan mentega dan pukul lagi
Masukkan gula icing dan perisa
Putar sehingga sebati



Jom hias2
Dah siap
Meraikan tetamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...