Rabu, 9 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (93) - Mee Udang Banjir Riyadh



Ketika di dalam perjalanan pulang dari kampungku, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan. Aku terpandang banyak iklan Mee Udang Banjir ketika melalui lebuh raya sekitar Bukit Gantang - Taiping. Perkataan banjir menarik perhatianku namun kami tidak berkesempatan untuk mencubanya kerana kesuntukan masa.Percutian kami berakhir dan kami kembali ke Riyadh.

Aku asyik teringat Mee Udang Banjir lebih-lebih lagi setelah anak saudaraku Emy memuat naik gambar Mee Udang yang dimakan sekitar Taiping di FB.  Kami ke pasar ikan yang terletak di tengah Bandar Riyadh. Di sini udang lebih murah berbanding di Tamimi Mall (biasanya SR90 ke atas untuk 1 kg mengikut saiz). Biasanya udang yang dijual di Riyadh adalah udang laut sebab itu harganya agak mahal. Udang yang diternak boleh diperolehi di Lulu Hypermarket. Cabaran untuk menyediakan mee udang di Riyadh ialah pilihan sos yang sesuai dan sedap. Memang susah untuk mendapat sos cili atau sos tomato yang sedap seperti di Malaysia. 

Pasar ikan di dalam kedai tertutup. Di dalamnya
disediakan perkhidmatan untuk menyiang ikan
juga untuk memasak ikan yang dibeli dengan pelbagai resepi.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Mee Udang Banjir Riyadh 
(Untuk 3 orang makan)
Bahan2:
1/4 paket spageti (direbus)
9-10 ekor udang besar(jangan buang kulitnya)
1 biji telur
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
(1/2 biji bawang besar dan bawang putih dikisar)
(1/2 biji bawang besar lagi dihiris nipis)
1 sudu besar cili kisar(lebihkan jika mahu lebih pedas)
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
Sedikit daun sawi (sayur lain yang sesuai)
Garam
Minyak masak
Air secukupnya

Udang segar
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga separuh
    masak. Ketepikan.
2. Masukkan bawang yang dihiris ke dalam baki minyak yang digunakan
    untuk menggoreng udang. Kacau sehingga garing.
3.Masukan bahan kisar dan kacau sehingga naik bau. Masukkan cili kisar
    dan goreng sehingga garing. Masukkan garam dan kacau.
4.Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau
    seketika dan masukkan air secukupnya. Biar mendidih.
5.Masukkan telur dan kacau supaya telur menjadi hancur/halus.
6.Masukkan spageti, udang dan sayur.Biarkan sehingga agak pekat.
7.Angkat dan hidangkan.


Sedapnya Mee Udang Banjir Riyadh mari















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...