Jumaat, 18 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (102) - Char Kuey Teow


Alhamdulillah kerana aku sudah mencapai koleksi resepi yang ke 100 melalui ruang Dapurku D'Riyadh. Semoga ianya bermanfaat untuk peminat blog yang telah sudi berkunjung ke Blog Memory ZiaSaf. Semua resepi yang dimuatkan dalam ruangan ini  telah aku membuatnya dan gambar-gambar yang diambil adalah dari koleksiku sendiri.

Setelah berjaya menghasilkan homemade kuey teow dapatlah aku mencuba resepi char kuey teow pula. Sudah lama aku tidak membuat char kuey teow. Aku pernah melihat cara menyediakan char kuey teow ketika jamuan hari raya yang diadakan di kawasan perumahanku. Tetapi peristiwa tersebut sudah agak lama. Char kuey teow biasanya berkuah sedikit dan ianya sungguh enak dimakan ketika masih panas. Di sini aku sertakan cara untuk menyediakan sepinggan char kuey teow.

Homemade kuew teow

Bismillahirrahmanirrahim.
Resepi Char Kuey Teow
Bahan2
2-3 ekor udang segar
3 ulas bawang putih
1/4 bawang besar (dihiris nipis)
1/2 mangkuk kuey teow
1/2 mangkuk tauge
1 batang daun bawang(ganti daun kucai)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit minyak bijan (pilihan)
Minyak
Garam
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan udang dan goreng sehingga hampir masak.
    Keluarkan dan ketepikan.
2.Masukkan bawang putih  ke dalam minyak yang sama dan goreng sehingga naik bau. 
   Masukkan bawang besar dan goreng sebentar. Masukkan pula cili kisar dan
   goreng sehingga garing.
3.Masukkan garam, sos tomato, kicap dan air. Apabila air mendidih masukkan telur dan 
   kacau sehingga hancur.Masukkan kembali udang yang digoreng.
4.Masukkan kuey teow, daun bawang dan tauge. kacau rata dan tutup api.


Terbang dietku dek sepinggan char kuey teow

Memang sodap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...