Rabu, 2 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (89) - Falafel


Makanan ringan yang cukup popular di Riyadh macam goreng pisang di Malaysia. Tetapi ianya tidak dijual ditepi-tepi jalan seperti di Malaysia. Terdapat kedai-kedai yang hanya menawarkan falafel dan makanan lain yang berkaitan dengan falafel seperti kebab falafel. Namun kebanyakan kedai menjadikan Falafel dan ful (fool) medames sebagai jualan di kebanyakan kedai. Pertama kali aku mengenali falafel adalah ketika bercuti di Melbourne di mana aku mencuba kebab falafel. Aku merasa teruja kerana rasanya yang sedap walau pun tidak ada ayam atau daging di dalamnya. Aku pernah membeli falafel dari kedai yang terdapat di sekitar rumahku di Riyadh namun rasanya agak mengecewakan dan pahit pula. Biasanya aku makan falafel ketika menginap di hotel-hotel sama ada di Mekah atau di Madinah. Kebanyakan hotel-hotel ini menyediakan sarapan pagi ala Barat dan Arab. Jadi falafel, hummus, ful medames mesti dihidangkan. Kebanyakan falafel yang aku makan tidak begitu enak kecuali falafel yang pernah aku makan di Safwah Tower Hotel  Mekah. Walaupun warnanya agak hijau tetapi tidak terasa pahit seperti selalu. Jadi falafel yang aku buat ini aku ubah suai dari resepi biasa supaya rasanya memenuhi citarasaku.

Bahan-bahan yang diperlukan
Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Falafel
Bahan2:
1/2 mangkuk besar kacang kuda( direndam -12 jam)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil serbuk jintan putih
Sedikit daun pasley segar
Sedikit daun ketumbar segar
1 biji bawang besar
1 biji cili hijau/ padi (boleh lebih jika mahu pedas)
1 biji cili merah
1 batang daun bawang
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1.Masukkan kacang kuda, daun pasley, daun ketumbar, daun bawang, bawang
   dan cili ke dalam food processer. Mesin sehingga hancur tetapi tidak terlalu
   halus.



2.Masukkan adunan ke dalam mangkuk besar.Masukkan garam, baking powder
   dan serbuk jintan manis. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
   Selepas disejukkan, bolehlah dibentuk ikut bagaimana hendak memakannya.
   Boleh juga gunakan acuan yang sesuai.


3.Goreng di dalam minyak yang banyak.Pastikan minyak tidak terlalu panas
   supaya falafel masak rata dan tidak terlalu gelap warnanya.Makan waktu
   panas memang sedap. Boleh dimasukkan ke dalam roti pita dan ditambah
   salad, timun, mayonis dan sos cili.

Boleh dimakan begitu sahaja

Boleh dicicah dengan sos cili atau sos garlic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...