Jumaat, 18 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (100) - Ayam Goreng Mamak


Masih terkenang keenakan Nasi Kandar yang dimakan di rumah kawan Saffura, Nur Farhana. Mendorong aku mencari resepi Ayam Goreng Mamak yang sangat enak itu. Dua hari berturut-turut aku membuat Ayam Goreng Mamak atas permintaan Saffura yang mula meminatinya. Aku menyuruh Saffura bertanya kepada Nur Farhana apakah bahan yang digunakan untuk resepi Ayam Goreng Mamak. Kami mendapat jawapannya namun tidak pula diberikan kuantiti setiap bahan secara spesifik, lalu FB Adnilsam Apat menjadi rujukanku. Cuma aku tambah sedikit pewarna merah supaya nampak kemerahan.
Aku : Yang mana lebih sedap, Ayam Goreng Berempah ke Ayam Goreng Mamak?
Saffura: Dua-dua pun sedap!
Aku : Macam ini....boleh kalah Ayam Al Baik.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Ayam Goreng Mamak.
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil  tepung gandum
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar cili kering dikisar
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
*Dikisar halus
3 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam
1 biji putih telur
Sedikit pewarna merah
Air secukupnya untuk bancuh.


Cara Membuatnya:
1.Gaul ayam yang telah dibersihkan dan dikeringkan bersama kunyit dan garam di dalam 
    sebuah bekas yang sesuai.
2.Masukkan semua bahan  lain kecuali air dan gaul sebati.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kelikatan yang sesuai.
   Jika terlalu pekat akan menjadi cucur, jika terlalu cair akan terlerai dari ayam.




4.Tutup bekas tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. Perap selama 1-2 jam.
5.Panaskan minyak di dalam kuali. Cuba dahulu menggoreng seketul ayam untuk
   memastikan  bancuhan tadi mengikut citarasa yang dikehendaki.
6.Goreng di dalam minyak yang banyak (tenggelam) dalam kuantiti 4-5 ketul selama
   20-25 minit. Ayam yang telah masak akan mula terapung. Goreng bahagian peha
   di akhir sekali kerana bahagian ini ambil masa yang lebih lama untuk masak.



Sedap dimakan begitu saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...