Sabtu, 12 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (96) - Karipap


Bukan mudah untuk mendapatkan Kuih Karipap yang sedap dan tidak jemu dimakan. Selain inti yang enak, kulit karipap juga amat penting. Biasanya aku  sekadar mencuba sahaja resepi yang ada untuk menyediakan kulit karipap. Hasilnya terkadang sedap, ada masanya tidak begitu sesuai dengan selera. Namun setelah mencuba pelbagai resepi, telah aku temui resepi yang mudah dan rasanya juga lembut dan sedap. Biasanya aku menyimpan karipap yang dibuat di dalam ruang sejuk beku dan menggorengnya untuk sarapan pagi atau minum petang.

Bismillahirrahmanirrahim

Inti Karipap
Bahan2
2 biji kentang bersaiz sederhana(dipotong dadu)
2- 3 sudu besar rempah kari daging  jenama Adabi
Sedikit daun kari
1 labu bawang besar(didadu)
2 labu bawang putih(dihiris)
200g ayam (didadu)
Air secukupnya
Minyak, garam
Daun bawang dan daun ketumbar(dipotong kecil)
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan daun kari bersama bawang besar, digoreng
   sehingga kekuningan, masukkan bawang putih dan sedikit garam
2.Masukkan rempah kari dan dikacau sebentar lalu dimasukkan sedikit
   air,biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan kentang diikuti air dalam kuantiti yang sesuai untuk
   melembutkan ubi kentang dan daging.
4.Biarkan sehingga kering dan taburkan campuran daun bawang dan
   daun ketumbar.Tutup api.Biarkan sejuk.

Kulit Karipap
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak (dipanaskan)
1 sudu teh garam
Air secukupnya 

Cara menyediakannya:
1.Masukkan minyak panas ke dalam tepung di dalam sebuah bekas.
2.Gaul dengan senduk sehingga agak rata. Biarkan supaya sejuk.
3.Gaulkan tepung dan minyak supaya rata. Masukkan garam dan
    gaul lagi.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh. Uli
   sebentar sehingga doh betul-betul sebagi dan lembut.
5.Bulat2kan doh mengikut saiz yang dikehendaki.
6.Leperkan doh, masukkan inti dan klim di bahagian tepinya.Ulangi
   sehingga selesai.
7.Goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
8.Jika hendak disejuk bekukan, masukkan ke dalam dulang pembakar.
   Bakar di dalam oven pada suhu 170 C selama 5 minit.Sejukkan
9.Simpan di dalam bekas plastik dan simpan di dalam ruang sejuk beku.



Siap untuk dibakar

Karipap Sedap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...