Sabtu, 26 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (109) - Ayam Masak Asam Pedas



Resepi ini paling sesuai menggunakan ayam kampung. Aku diberitahu ayam kampung ada dijual di Riyadh namun tidak pula aku berhasrat untuk mencarinya. Ini disebabkan ayam yang biasa dibeli pun sedap rasa isinya walau apa juga jenis masakan. Biasanya aku menggunakan serbuk kunyit berjenama Adabi namun kali ini aku menggunakan kunyit hidup pula. Kunyit hidup dan lengkuas sentiasa aku simpan di dalam bahagian sejuk beku untuk digunakan apabila perlu. Memang hasilnya terbaik dari segi rasa dan pandangan mata.


Lengkuas dan kunyit yang disejuk beku .
Daun limau purut hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Warna kurang tetapi bau tetap ada.
Masalahnya apabila kita mengguna kunyit hidup pasti semua bekas menjadi kuning. Jadi untuk mengelakkan blender aku menjadi kuning aku terpaksa mengeluarkan senjata untuk menghaluskan kunyit hidup tersebut. Iaitu lesung batu yang aku beli di Lulu Hypermarket dua tahun lepas. Aku jarang menggunakannya kerana terasa berat pula. 

Diguna oleh pelbagai bangsa.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Ayam Masak Asam Pedas
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong (900g)
2 biji kentang dibelah 
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam jenama Adabi
1 biji bawang besar dihiris nipis (untuk menumis)
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
2 inci kunyit *
Bahan * dikisar halus
2-3 batang serai
1 inci lengkuas diketuk
1-2 sudu besar kerisik
Garam
1 sudu kecil gula
Minyak Masak
1 cawan asam jawa
5-6 helai daun limau purut

Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak di dalam sebuah periuk. Masukkan bawang yang dihiris.
   Goreng sehingga garing.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar, serbuk cili dan rempah kari, goreng sehingga garing.
   Jika perlu masukkan sedikit air. Masukkan serai, garam dan gula.
4.Masukkan ayam dan  ubi kentang, kacau lebih kurang 5 minit.

5.Masukkan kerisik  dan air asam. Masukkan air sebanyak yang diperlukan.
6.Masak sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk. Masukkan daun limau
    purut dan perlahankan api. Biarkan sehingga kelihatan minyak terapung
    dipermukaannya.


Boleh dimakan dengan nasi, roti atau ketupat

Pandangan dekat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...