Khamis, 24 Disember 2015

Dapurku D'Riyadh (105) - Daging Masak Hitam


Sudah lama aku ingin menyediakan masakan ini kerana rasanya yang sedap. Masakan ini sering dihidangkan dalam jamuan untuk dimakan bersama sebarang jenis nasi seperti nasi putih, nasi minyak atau nasi daging. Setelah hampir pasti stok kicap yang ada mencukupi, aku pun memasaknya. Ini disebabkan resepi ini memerlukan kuantiti kicap yang agak banyak. Kuahnya pula tahan untuk beberapa hari, bahkan semakin sedap rasanya. Pendek kata ianya memang enak  sehingga tiada yang terbuang.

Resepi asal adalah dari anak saudaraku, Wan Suhana. Tetapi tidak ada sukatan dan aturan yang spesifik pula. Aku pun membuat langkah-langkah untuk memasaknya sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Resepi asal menggunakan tomato soup tetapi tidak aku temui di Riyadh jadi aku gantikan dengan tomato paste. Aku juga menambah sedikit garam masala.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Daging Masak Hitam
Bahan2:
500g daging
2-3 sudu besar serbuk cili
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
7-9 ulas bawang putih*
* dikisar
3- 4 biji bawang besar(didadu)
2 biji buah tomato(didadu)
2-3 batang serai
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap masin
3 sudu besar tomato paste
1/2 sudu besar garam masala
1 sudu besar jintan putih (tumbuk kasar)
Penumis
Garam
Minyak masak

Cara membuatnya:
1.Daging dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
2.Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan penumis dan bahan
   kisar. Kacau sehingga naik bau.Masukkan serai.
3.Masukkan serbuk cili dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan
   daging dan kacau.

4.Masukkan tomato paste, buah tomato, garam masala dan bawang 
   yang didadu. Masak sehingga bawang hancur  dan daging lembut.
5.Masukkan kicap sehingga mendapat warna hitam yang diminati.
6.Akhir sekali masukkan jintan putih, perlahankan api dan biar sehingga
   warna kuah kelihatan berminyak.
  



Siap sudah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...