Rabu, 1 Julai 2015

Dapurku D'Riyadh (39) - Rendang Ayam


Seminggu sebelum puasa, ipar-iparku sibuk memasak rendang ayam kampung dan menghantar gambar ke WhatsApp keluarga. Ianya mendorong aku untuk turut memasaknya. Aku sediakan rendang ayam untuk dimakan bersama pulut kuning sehari sebelum Ramadhan bermula.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Rendang Ayam

Bahan2:

1 ekor ayam 
1 biji kelapa parut (diambil santannya)
Kerisik
1 senduk cili kisar (ikut pedas yang kita mahu)
1 biji bawang besar
3-4 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
kunyit
4-5 ulas bawang putih
(bawang,halia,serai,lengkuas,kunyit dikisar halus)
Daun limau purut
1 sudu besar jintan manis-ditumbuk halus (jika mahu)
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Masukkan semua bahan di atas ke dalam sebuah kuali/periuk
   kecuali ayam,daun limau purut,kerisik dan garam. Jika suka
   letakkan  2-3 batang serai yang diketuk,
2.Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam.
3.Apabila kuah menjadi agak pekat , masukkan kerisik, garam
   dan daun limau purut. Kacau dan perlahankan api,
4. Masak sehingga agak kering dan berminyak.

Resepi Pulut Kuning

Bahan2:

1 cawan beras pulut(direndam bersama kunyit)
1/2 cawan santan pekat (dicampur garam)

Cara Membuatnya:

1. Kukuskan beras pulut sehingga hampir masak.
2. Keluarkan dan masukkan ke dalam sebuah bekas 
    besar.
3. Masukkan santan dan gaul sehingga rata dan sebati.
4. Kukus sekali lagi sehingga masak sepenuhnya






Pulut kuning dan Rendang Ayam....sedapnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...