Jumaat, 22 Julai 2016

Travelog : Oh ! Riyadh (123) - Pindah Hotel Lagi




Tumpuan rakyat Malaysia

2 Syawal 

Restoran D'Saji sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia termasuk kami. Jika berada di Mekah, sekurang-kurangnya sekali sehari kami akan ke sini. Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menginap di Safa Tower yang memiliki tiga jenis hotel itu walaupun harganya terkadang lebih mahal dari hotel lain di sekitarnya. Al Safwah Royale Orchid, Dar Al Eiman Hotel dan Dar Al Ghufran Hotel terletak di Safa Tower dan dekat dengan King Abdul Aziz Gate yang sedang dibina semula. Jika tinggal di Safa Tower, lebih mudah untuk kami singgah dan makan di sini. Jika mahu berjumpa dengan warga Malaysia, di sinilah tempatnya iaitu sekitar D'Saji. Hari ini suasana tidak seperti hari-hari sebelumnya. Tidak perlu lagi menunggu untuk mendapat tempat duduk dan makan di situ. Selepas makan kami jalan-jalan di bangunan Clock Tower pula, abaya dijual dengaan harga yang murah, mencabar betul. Sepasang abaya ditawarkan serendah SR35 sehelai untuk abaya yang biasanya dijual lebih SR70 sehelai. 


Sedap juga


Licin....




Pelbagai jus buah-buahan di gerai berhampiran


Malamnya selepas solat Maghrib kami menaiki teksi untuk ke Taneem bagi berniat mengerjakan umrah. Sudah lama kami tidak ke Taif semenjak kami tinggal di Riyadh. Biasanya kami mengerjakan umrah sekali sahaja setiap kali ziarah ke Mekah. Disebabkan kami berada di Mekah dalam tempoh yang agak lama kali ini, jadi kami berpeluang mengulanginya. Bayaran SR25 sehala dikenakan untuk kami bertiga dengan menaiki teksi. Masjid Ayesha disimbahi cahaya lampu, kawasan berumput sekitarnya dipenuhi orang ramai untuk berkelah. Di dalam masjid, orang ramai menanti untuk Solat Isha' berjemaah sebelum berniat mengerjakan umrah. Kami kembali ke MasjidilHaram dengan menaiki Bas Saptco dengan bayaran 2 rial seorang. Tiket dijual berhampiran dengan kawasan bas menanti penumpang. Bas agak banyak dan ianya terus bergerak apabila dipenuhi orang ramai. Malangnya bas yang kami naiki tidak berfungsi penghawa dinginnya....kepanasanlah kami apabila bas berhenti beberapa kali akibat kesesakan lalu lintas mendekati MasjidilHaram.

Masjid Ayesha 

Tanah halal yang paling dekat untuk berniat umrah


Jangkaan kami di malam Jumaat pasti ramai orang di dataran Kaabah. Namun.. Alhamdulillah suasana agak tenang dan kami menghabiskan tawaf dalam masa setengah jam. Selepas selesai umrah kami berehat di sekitar dataran Kaabah sambil bergambar. Tidak pernah terfikir pada masa lalu di mana tetamu Allah boleh bergambar di depan Kaabah seperti sekarang. Dataran Kaabah kembali menjadi medan yang luas dan lapang, tidak seperti sebelumnya. Kehadiran mataf sementara yang dibina suatu masa lalu banyak mengubah suasana di dataran Kaabah tanpa menafikan kemampuannya memudahkan urusan tawaf. Mataf sementara tersebut dibina pada tahun 2013, tahun kami berhijrah ke Riyadh. Syukur dapat melihat suasana seperti asalnya sebelum kami kembali ke tanah air.

Sentiasa indah dipandang


Tangga sekarang lebih tinggi berbanding dengan tangga lama.
Febret aku duduk di tangga

Ramai yang duduk-duduk sahaja di depan Kaabah






3 Syawal

Awal pagi suamiku mengambil kereta kami yang diletakkan di Kudai Parking dan ke Hotel Al Shohada untuk urusan checkin.  Ketika ini harga hotel kembali normal, banyak pilihan pula. Pengalaman tiga hari tinggal di Hotel Hilton sudah mencukupi. Tidak disangka oleh kami hotel lima bintang tersebut menjadi pilihan ramai warga dari negara Nigeria. Terdapat juga pakej umrah dari Turki dan Indonesia yang menetap di sini selain warga tempatan. Ini merupakan kali ketiga kami memilih Hotel Shohada. Harganya lebih murah ( kali ini SR1578.36 untuk tiga malam), ada disediakan sarapan pagi yang mewah dan tempat meletak kereka percuma. Jaraknya dari MasjidilHaram adalah sekitar 866 km dan terletak di Ajyad Street. Tidak berapa pasti berapa bintangnya namun layanan yang diberi menyamai hotel lima bintang. Terbaik adalah sebakul buah-buahan untuk hari pertama masuk ke bilik hotel. Cuma tidak disediakan coffee corner tetapi boleh diminta.


Kanak-kanak dari Nigeria ini selalu kami jumpa di dalam lif di Hilton
Hotel. Konfiden aje telatahnya.

Depan lif  Hotel Al Shohada pun cantik deco2nya


Kali ini Bilik 812



Sarapan pagi memang best!Banyaknya aku makan...huhuhu

Malamnya kami ke Clock Tower, kami ke Tingkat 9 untuk melihat pemandangan MasjidilHaram dari surau wanita yang terletak di situ.. Diberitakan oleh kawan-kawan bahawa kita boleh melihat Kaabah dari surau tersebut. Malangnya ianya sudah ditutup. Suamiku pula ke tingkat 10 di mana terdapat surau untuk lelaki yang masih dibuka lagi. Malangnya Kaabah tidak dapat dilihat dari situ disebabkan kerja-kerja pembinaan disekeliling MasjidilHaram. Di tingkat 11 pula terdapat Hotel Zamzam Pullman yang juga popular di kalangan warga Riaydh. Kami ke Food Court di Clock Tower. Lama juga kami tidak ke situ kerana lebih selesa ke Safa Tower yang  lebih dekat.

Berdekatan surau lelaki terdapat Exhibition and Viewing Deck
Suasana ruang niaga dan food court di Clock Tower


Try Ayam Goreng AlHanim pula. Macam2 jenama ada.


Jualan murah berhampiran Hotel Al Shohada. Biasanya
berlangsung selepas solat ketika di dalam perjalanan
pulang ke hotel.





zias/riyadh/16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...