Rabu, 20 Julai 2016

Dapurku D'Riyadh (191) : Maruku Kacang Kuda


BismillahirRahmanirRahim

Sebungkus tepung maruku yang dibawa dari Malaysia sudah pun habis. Namun aku bernasib baik berjumpa resepi untuk membuat maruku tanpa tepung khas tersebut. Resepi tersebut di 'share' dengan pemilik asalnya bernama Kak Long Ana dan diedit oleh Jamayah Yahod. Memang aku tidak mengenali mereka, moga Allah memberi ganjaran pahala atas kebaikan mereka berkongsi resepi ini. Dapatlah aku menyediakan maruku sempena hari raya baru-baru ini. Rasanya memang sedap dan lembut. Tepung kacang kuda memang mudah untuk didapati di Riyadh. Lebih mudah lagi kerana aku hanya menggunakan santan serbuk yang banyak dijual di sini.


Resepi Maruku Kacang Kuda
Bahan2:
300 g tepung pulut
200 g tepung kacang kuda/peas
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam halus
60 g mentega dicairkan
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih*
Bahan * ditumbuk kasar
1 sudu besar gula
250 ml santan (aku guna yang serbuk dilarutkan dalam air)
Sedikit daun kari

Cara membuatnya:
1.Satukan tepung pulut dan tepung kacang kuda.Masukkan
   garam,serbuk cili,jintan, gula dan mentega cair dan gaul
   sebati.
2.Masukkan pula telur dan santan. Gaul sehingga jadi doh.
3.Goreng di dalam minyak yang panas menggunakan acuan
   maruku yang sesuai. Masukkan daun kari semasa menggoreng
   untuk mendapatkan aroma yang lebih enak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...