Rabu, 20 Julai 2016

Dapurku D'Riyadh (192) : Almond London


BismillahirRahmanirRahim

Aku hanya menyediakan empat jenis kuih raya tahun ini. Sebenarnya sudah terlalu lama aku tidak membuat kuih raya. Biasanya kuih raya aku beli sahaja buat menjamu tetamu atau dibawa pulang ke kampung. Kali ini kami beraya di Mekah, pasti tiada kuih raya Malaysia di sini. Tiada pula iklan berkaitan sambutan hari raya di kedutaan sama ada di Riyadh atau di Jeddah. Jadi aku pun merajinkan diri untuk menyediakan sedikit kuih raya supaya dapat merasai suasana hari raya seperti kebiasannya. Alhamdulillah ada dijual beberapa juadah istimewa di hari raya di D'Saji Mekah seperti satay, rendang, lodeh dan ketupat daun palas. Lengkaplah juadah di pagi hari raya kami.

Kuih Raya 1437H

Almond London ini aku buat atas permintaan Saffura. Lagi pula bahan-bahannya memang sudah sedia ada kecuali badam cincang untuk ditabur di atasnya. Puas juga kami mencari di mall, tapi tidak berjumpa. Resepinya pula agak mudah dan sedap rasanya. Aku tidak pasti milik siapa resepi ini kerana ianya dikongsi melalui FB. Aku hanya menggunakan separuh dari resepi asalnya yang aku letakkan di sini.

Resepi Almond London
Bahan2
250 g mentega
450 g tepung gandum
2 sudu kecil emplex (ganti dengan tepung beras)
140 g gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam .

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas
Coklat masak/compound
Badam cincang yang dipanggang/hiasan lain

Cara membuatnya:
1.Panaskan oven pada suhu 170 C dan bakar badam selama
   15-20 minit atau sehingga masak.
2.Ayak tepung dan tepung beras, ketepikan.
3.Pukul mentega, gula icing dan esen vanila sehingga lembut.
4.Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul lagi 
   sehingga adunan bergaul sempurna.
5.Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang 
   lembut.


6.Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya.
   Bulatkan membujur.Susun dalam loyang pembakar.
7.Panaskan oven pada suhu 150 C dan bakar biskut selama
   25-30 minit atau sehingga masak sempurna.
8.Keluarkan biskut dan sejukkan.


9.Cairkan coklat secara double boiler. Celup biskut di dalamnya.
   Letakkan di dalam cawan kertas. Taburkan badam cincang.
10. Biarkan sehingga coklat menjadi keras. Jika perlu masukkan
      sebentar di dalam peti sejuk.


Hasilnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...