Isnin, 18 Julai 2016

Travelog : Oh! Riyadh (118) - Ziarah Terakhir Dari Riyadh




Seperti yang dirancang pada tahun ini kami akan beraya di Mekah dan berziarah ke Madinah sebelum pulang ke tanah air. Sedang di Malaysia semua sibuk membuat persediaan untuk menyambut Aidil Fitri seperti menyediakan kuih raya, baju raya, duit raya dan balik kampung. Kami di sini tidak terkesan dengan itu semua, namun jauh di sudut hari merindui sanak saudara. Kami mengambil masa yang lebih lama untuk berada di kedua tanah suci tersebut sebelum kembali ke tanah air. Kali ini kami akan kembali ke pangkuan keluarga bukan untuk bercuti tapi untuk kembali menetap di tanah air. Rancangan untuk berhijrah sementara hanya untuk tiga tahun sahaja di Riyadh kerana itulah tempoh yang diberikan oleh kerajaan untuk kaki tangannya bercuti tanpa gaji. Yeah...aku perlu kembali menyambungkan tugas yang ditinggalkan buat sementara.

Kami bertolak ke Mekah pada pukul 5.15 pagi pada 2 Julai 2016 (27 Ramadhan) Sudah lama kami tidak memulakan perjalanan di waktu siang hari. Disebabkan bulan puasa, tidak ada bekalan makanan yang aku bawa melainkan sedikit kuih raya. Tidak ada aktiviti minum kopi dan kunyah-kunyah ketika di dalam perjalanan kali ini. Ini menyebabkan kami merasa agak mengantuk dan terpaksa berhenti dua kali untuk tidur. Saffura merakam gambar menarik sepanjang perjalanan dengan kamera Nikonnya. Aku letakkan gambar-gambar yang sebelum ini tidak berpeluang kami rakamkan. Ianya akan mengingatkan kami kepada nostalgia perjalanan yang kerap kali lalui untuk ke Mekah dari Riyadh.



Melalui Diriyah

Bangunan utama sekitar Diriyah

Menghampiri kawasan check point

Pemandangan sekitar Wadi Laban yang terletak tidak jauh dari Diriyah

Luar dari Riyadh, baru kelihatan tanah tinggi atau kawasan berbukit

Masih pagi jadi lebuh raya agak kosong

Rumah2 di atas bukit

Belum sampai Muzahimiyah...

Aku mengajak suami singgah di Ruwaidah untuk melihat pokok kurma yang pernah kami ambil gambarnya tahun lepas. Gambarnya yang telah menjadi gambar profile blog Memory ZiaSaf selama ini. Pokok yang sama masih menghasilkan buah yang lebat seperti tahun lepas. Saffura masih tidur.

Pokoknya kecil sahaja tetapi buahnya lebat




Mulai kuning atau masak





Bukit batu ini mengingatkan yang kita sedang melalui bandar Ruwaidah (selepas Quwayyiyah)

Pemandangan padang pasir

Pemandangan padang pasir

Sempat isi minyak dahulu

Unta kelihatan di mana-mana

Pasti akan merindui pemandangan sebegini

Yang pastinya, padang pasir semakin menghijau terutama pada tahun ini

Walau panas dan kering, pokok dan rumput masih bertahan


Sebuah villa di tengan padang pasir

Masha Allah masih ada air bertakung di musim panas.

Macam kat Malaysia la pulak



Ada rumput yang mulai kering

Hampir separuh perjalanan

Tempat yang selalu kami singgah untuk tidur di waktu malam

Ke mana nak dibawa tu....

Lori-lori di sini membawa pelbagai muatan, seperti rumah, kereta, makanan, jentera,binatang dan rumput...
semuanya besar-benar belaka.

Semakin menghampiri Taif


Aktiviti untuk menghindari rasa mengantuk di dalam perjalanan.

Memasuki Bandar Taif, jalan sesak dengan bas-bas yang
membawa jemaah umrah. Ramai yang kembali ke rumah
masing-masing selepas 27 Ramadhan. Tiba di taif pukul 3.40 petang.

Tiba di bandar Taif, kami diberitahu tayar sudah pancit oleh
orang Arab yang prihatin. Alhamdulillah dekat sahaja dengan
kedai tayar. Bayangkan jika berlaku di tengah jalan sedang
cuaca amat panas ketika ini.(44 C) Syukur pada Allah.

Teruskan perjalanan untuk ke miqat pada pukul 5.15 petang.

Miqat Qarnul Manazil atau Al Sail Al Kabir

Orang mulai ramai namun tidak seramai di musim haji.

Kedai menjual keperluan haji dan umrah memang banyak. Murah pula harganya.

Pintu masuk ke masjid. Di sini kami berihram dan berniat untuk mengerjakan umrah.

Selepas berniat umrah, lafaz labaikallah hu malabaik dilafazkan.
Kami meneruskan perjalanan ke Mekah.

Sepanjang perjalanan, kelihatan bukit serta gunung ganang.

Juga kebun sayur yang sentiasa mencuri pandangan kami setiap kali melewati kawasan ini.


Juga kambing-kambing.


Kami tiba di check point untuk ke tanah haram Mekah pada pukul 6.16 petang. Alhamdulillah kenderaan kami dibenarkan memasuki kawasan tanah haram. Ada kereta yang tidak dibenarkan masuk dan terpaksa meletakkan kereta di kawasan yang ditetapkan. Lalu membawa barang masing-masing menaiki bas atau teksi. Terpulang kepada rezeki masing-masing. Namun aku sudah pun membuat persediaan jika ianya berlaku. 

Puncak Jabal Nur yang belum mampu kami daki.

Puas juga kami mencari jalan untuk ke hotel yang ditempah walaupun dengan bantuan GPS. Namun kebanyakan jalan sudah ditutup kerana waktu berbuka semakin hampir. Polis berada di mana-mana untuk mengawal lalu lintas....tidak boleh dibuat main. Terpaksalah kami berhenti di tepi bangunan untuk berbuka puasa di atas kereta dengan juadah air kosong, buah kurma dan kuih raya menjadi mangsa.


Bersambung.....



zias/riyadh/16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...