Jumaat, 26 Ogos 2016

Travelog : Oh! Riyadh (124) - Melawat Muzium Pameran Dua Masjid Suci, Mekah.


Melawat Muzium Pameran Dua Masjid Suci, Mekah.

4 Syawal 1437H.

Hasrat untuk mendaki Jabal Nuur tidak tercapai kerana kami mulai mengalami selsema dan batuk. Kebanyakan tempat bersejarah di sekitar Mekah sudah kami ziarahi. Setelah bersarapan pagi, kami menaiki kereta menuju ke Muzium Pameran 2 Masjid Suci atau Exhibition Of The Two Holy Mosques Architecture Suasana agak tenang kerana belum ramai yang berkunjung. Namun  mulai sesak apabila terdapat bas yang membawa jemaah umrah dari Indonesia tiba di situ. Masing-masing agak sibuk untuk bergambar dengan pelbagai objek yang pernah ditempatkan di kedua masjid tersebut. Ruang pameran tidak terlalu besar, hanya satu tingkat sahaja. Kami mengambil masa kira-kira 45 minit untuk melihat setiap objek yang terdapat di situ. Gambar-gambar yang dipamerkan ada yang membangkitkan kenangan sepanjang berpeluang berziarah ke Mekah dan Madinah semenjak 1994. 


Bangunan di mana pameran diadakan. Terdapat ruang parkir kereta dan bas yang luas.
Turut disediakan air zamzam untuk pelawat yang berkunjung.

Tangga yang pernah digunakan untuk memasuki Kaabah. 


Tangga ini  diperbuat dari kayu Jati dan bertarikh 1240H

Bekas lama yang menutup Maqam  Nabi Ibrahim sebelum
ditukar oleh King Fahd bin Abdul Aziz.


Kunci pintu Kaabah. Keluarga Al Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak
zaman Quraisy.

Bingkai yang pernah digunakan pada Hajarul Aswad

Pintu Kaabah
Pancuran Emas

Kain Kiswah yang menutup pintu Kaabah


Telaga Zamzam sekitar 1299H


Telaga Zamzam 


Keratan rentas Telaga Zamzam

Ruang untuk ke kawasan Telaga Zamzam yang terletak berhampiran
dengan Kaabah. Ruang untuk wanita dan lelaki dipisahkan.
Alhamdulillah, berkesempatan memasukinya sekitar tahun 1994-1997.
Suasana sekitar Telaga Zamzam suatu masa dahulu. Ada yang
mandi di sini.


Replika Mushaf Uthmani yang ditulis ketika zaman Saidina Uthman Bin Affan


Suasana sekitar Kaabah lama dahulu

Kenangan...




Gambar MasjidilHaram sebelum pembesaran dilakukan pada masa kini. 


Pintu di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.

Antara hadiah dari pelbagai pihak yang turut dipamerkan.

Kami  ke lokasi  yang seterusnya untuk melihat bagaimana kelambu Kaabah dibuat. Terletak di Masna' Kiswah ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah. Tidak jauh dari Muzium Pameran 2 Masjid Suci. Malangnya kami tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut. 

Kilang Kiswah diasaskan oleh King Abdulaziz Abdul Rahman Al Saud. Kos bagi menyiapkan sebuah kiswah menelan belanja SAR22 juta (RM23.7 juta). Kiswah dibuat menggunakan kain sutera berkualiti dari Itali dan benang emas serta perak dari Jerman. Ianya mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan. Hanya satu Kiswah dikeluarkan setiap tahun di mana kebanyakan kerja sulaman ayat suci al Quran dan tenunan dilakukan secara manual oleh pekerja warga tempatan. Sebahagian kecil penghasilan kain menggunakan mesin moden. Sebanyak 120 kilogram (kg) benang emas tulen, 120 kg benang perak dan 670 kg sutera digunakan untuk menghasilkan Kiswah.


Kelambu atau Kiswah Kaabah menutupi bangunan Kaabah.


Pertukaran kelambu tersebut akan dilakukan setahun sekali iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain Kiswah daripada dua rukun  ialah 10.78 meter, ukuran lebar daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter. Ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13 meter.

Penghasilan Kiswah bermula ketika mencelup warna dan dimasukkan ke dalam makmal bagi proses penegangan benang, daya tahan dan pengeseran benang-benang sutera bagi memastikan ia mengikut spesifikasi. Mesin teknologi tinggi digunakan pula untuk menghasilkan pemidang kain Kiswah. Kain berkenaan akan dicop ayat-ayat al Quran dengan menggunakan 'silk screen' dengan dakwat warna putih dan kuning termasuk lambang-lambang dan syiar yang berlainan ukuran.

Berpeluang melihat proses menyulam benang emas pada kelambu Kaabah
di pameran berkaitan Dua Masjid Suci di Festival Janadriyah, Riyadh.
Proses paling penting iaitu menyulam benang emas dan perak pada huruf-huruf yang sudah dibentuk. Seterusnya petugas akan menjahit kepingan-kepingan kain untuk dijadikan Kiswah lengkap. Kiswah yang telah siap dengan sempurna akan diserahkan kepada pihak pengurusan MasjidilHaram. [Sumber Info dari Utusan Online dan astroawani.com]





zias/Cheras/2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...