Isnin, 11 April 2016

Dapurku D'Riyadh (155) - Rendang Daging



Bismillahirrahmanirrahim

Untuk memasak rendang daging bukanlah mudah di Riyadh. Selain kelapa yang banyak diperlukan, juga memerlukan daun limau purut sebagai pelengkap masakan. Serai, lengkuas dan kunyit hidup mudah diperolehi di kebanyakan mall. Di Tamimi Market pun bahan-bahan tersebut ada dijual. Puas menunggu untuk ke Lulu Hypermarket bagi mendapatkan bekalan kelapa parut sebelum projek membuat rendang dilaksanakan. Sedapnya makan rendang bersama nasi impit atau dengan nasi.

Set tomyam yang dijual di Lulu juga boleh dibuat rendang

Dari Thailand
Resepi Rendang Daging.

Bahan2:
1 kilo daging
3 cawan santan dari 1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut dihiris halus
Sedikit air asam jawa
Garam

Bahan kisar
15 cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih/halus
1 sudu kecil jintan kasar
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Masak semua bahan kisar bersama santan sehingga mendidih.
2.Masukkan daging dan masak sehingga lembut.
3.Masukkan kerisik, air asam jawa dan garam.Kacau selalu sehingga
  hampir kering baru dimasukkan daun limau purut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...