Ahad, 29 Oktober 2017

Rasa Dapurku (257) - Kuey Teow Goreng Kicap


BismillahirRahmanirRahim

Hitam dipandang namun sedap bukan kepalang!

Tetiba teringin nak masak kuey teow goreng seperti yang selalu dimakan di kantin. Mana-mana kantin baik di sekolah atau di pejabat, hitam aje warna kuey teow gorengnya.

Lebih seronok apabila ada kuey teow yang halal dan toyibban berjenama Che Halimah Omar (Kak Mah). Dapatlah selalu masak kuey teow. Mudah dimasak terutama sewaktu kecemasan. 

Resepi Kuey Teow Goreng Kicap
Bahan2:
1 bungkus kuey teow Kak Mah
1 mangkuk tauge dibersihkan
Sedikit daun kucai/sawi dipotong
Bebola ikan dipotong
1 biji telur
2-3 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil sos ikan (jika ada)
Sedikit lada hitam
Kicap secukupnya (ikut selera)
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak
* boleh tambah udang, sotong, ayam atau daging.

Bahan kisar
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng
   sehingga wangi.
2.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing. Masukkan lada hitam,
   minyak bijan, garam, kicap, sos ikan dan bebola ikan. Kacau rata.
3.Masukkan kuey teow dan kacau sehingga rata.Masukkan air jika perlu
   atau jika terlalu kering.
4.Masukkan telur di bahagian tengah, biarkan sekejap dan kacau biar 
   hancur telur. Kacau bersama-sama dengan kuey teow. Masukkan
   daun kucai/sawi dan kacau sehingga masak.
5.Akhir sekali masukkan tauge, kacau sekejap sahaja dan angkat.Jika
   kurang kicap boleh ditambah lagi dan gaul rata.
6.Hidangkan ketika panas...nyum...nyum.


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...