Ahad, 15 Oktober 2017

Rasa Dapurku (254) - Kuih Apam Balik



BismillahirRahmanirRahim




Puas mencari acuan kuih Apam Balik tetapi tidak bertemu. Aku ni memang bermasalah sikit, jika mahu masak semuanya mesti lengkap. Bab acuan ni memang aku tidak boleh kompromi. Aku mahu apa yang dimasak mempunyai rupa yang sepatutnya. Alhamdulillah akhirnya aku temui acuan tersebut di kedai alat dapur di Bangi.

Mahalnya acuan apam balik nih, sebab ianya diperbuat dari tembaga. Berat pula tu, mujur kecil je saiznya. Pastinya aku tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya. 55 hinggit terbang. Mulanya aku merasa agak kecewa kerana apam yang dibuat tidak licin seperti yang dibeli. Tidak ada pula petua yang diberi bersama resepi yang aku ambil dari FB ini. 3 keping apam balik yang terawal tidak cantik, rupa tiada tapi sedap.

Aku teringat bagaimana penjual apam balik beraksi ketika memasaknya. Penjual tersebut akan menekan dengan senduk adunan yang berada di dalam acuan supaya rata ke seluruh acuan. Kemudian gula, kacang dan jagung dimasukkan. Yes! Betul, kaedah tersebut menghasilkan apam balik yang licin dan cantik. Mestilah aku suka apam balik yang nipis dan rangup. Mungkin lain kali aku cuba lagi.

Resepi Kuih Apam Balik
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil soda bikarbonat (aku tambah)
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanila (aku tambah)

Bahan tabur
Kacang tanah dibakar dan dikisar halus
Gula pasir
1 tin jagung cream( tersilap beli)
Mentega jika perlu

Cara Membuatnya:
1.Blender telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan baking powder, soda bikarbonat, yis, minyak masak dan garam.
   Kisar lagi. 
3.Masukkan air dan tepung, sedikit demi sedikit berselang seli sehingga sebati
   semuanya. Masukkan pewarna dan esen vanila dan kacau.Rehatkan 2-3 jam.
4.Panaskan acuan di atas api yang perlahan.Sapukan dengan sedikit mentega.
5.Masukkan satu senduk adunan. Kacaukan adunan dengan senduk supaya
   adunan rata keseluruhan acuan termasuk bahagian tepinya. Terbentuk gelembung
   udara di permukaannya.
6.Taburkan gula keseluruhan permukaan, diikuti dengan kacang dan jagung.
7.Biarkan sehingga masak dan bahagian tepi menjadi keperangan.
8.Lipat dan angkat. Ulang sehingga habis. Akan dapat dalam 8-9 keping kuih.



Lulus dah ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...