Ahad, 29 Oktober 2017

Rasa Dapurku (256) - Mee Hoon Goreng



BismillahirRahmanirRahim



Memasak mee hoon goreng tidak semudah yang disangka. Sering kali hasilnya memberi rasa yang berbeza. Bukan  mudah untuk mendapat rasa mee hoon yang sedap dan lembut. Ada kalanya mee hoon yang dibeli tetap keras walaupun direndam semalaman atau direbus terlebih dahulu.

Baru-baru ini aku menggunakan mee hoon jenama Sufi. Waah mudah sangat memasaknya. Direndam lebih kurang 30 minit sudah cukup. Tidak memerlukan masa yang lama untuk memasaknya dan hasilnya memang sedap. Yang pasti mee hoon tersebut halal dan toyibban.

Resepi Mee Hoon Goreng
Bahan2:
1/2 bungkus Mee Hoon jenama Sufi direndam 1/2 jam
2 batang sawi pendek dipotong
Sedikit kubis bulat dihiris nipis
Bebola ikan dipotong
Tauge (jika suka)
1-2 biji telur
3 sudu besar cili kering kisar
2-3 sudu sos tomato
1 sudu  kecil lada hitam
Minyak masak
Garam secukupnya.
1 cawan air
* boleh tambah udang, sotong, hirisan ayam atau hirisan daging.

Bahan kisar
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit  udang kering (jika suka)

Bahan tumis
2-3 biji bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan 
    goreng hingga hampir garing. Masukkan bawang putih dan biarkan
    semuanya garing. 
2.Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga wangi.
3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan garam, 
   sos tomato, lada hitam dan air. Biar mendidih.
4.Masukkan bebola ikan dan mee hoon, kacau biar rata sehingga kering. 
   Buat lubang di bahagian tengah dan masukkan telur dan biarkan 
   sehingga hampir masak. Kacau sehingga semua telur sebati dengan
   mee hoon.
5.Masukkan sawi dan kubis, kacau sehingga masak. Masukkan tauge 
   dan kacau hingga rata. Tutup api.
6. Siap untuk dimakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...