Sabtu, 7 Oktober 2017

Promosi Buku Pertama : Travelog New Zealand - Syurga Di Wajah Queenstown.


BismillahirRahmanirRahim.

Alhamdulillah hasrat untuk membukukan Travelog New Zealand - Syurga Di Wajah Queenstown menjadi kenyataan.




Nama Buku                : Travelog New Zealand - Syurga Di Wajah Queenstown
Pengarang                  :  Fauziah Binti Abdul Hamid
Penerbit                     :  Ziasaf Mind Ventures
Bilangan muka surat : 182
Harga                         : RM24.00 (termasuk belanja pos di Malaysia)

Sinopsis  :

- Buku ini menceritakan pengalaman penulis dan keluarganya yang bercuti ke Pulau Selatan, 
  New Zealand. Kembara  mereka  bertiga  dengan  menaiki  kereta  sewa  dari Christchurch
  ke Quenstown,  Milford Sound  dan  Gunung Cook. Tidak  ketinggalan  pengalaman  yang 
  dialami   ketika  transit   di Melbourne,  Australia  di dalam   perjalanan   ke  New Zealand.
- Ia mengupas  dengan  lebih lanjut  pengalaman yang tidak terduga termasuk kisah kamera 
  yang   hilang   di atas   bas,  beg  diambil orang  ketika   di lapangan   terbang  dan  lain-lain
  pengalaman lagi. Pendidikan secara  tidak  langsung  yang dialami oleh anak penulis yang 
  berusia  11  tahun  mampu menyemai  disiplin  hidup  yang  lebih  bermakna di masa akan
  datang.
- Buku  ini  juga  memaparkan  keindahan alam  semulajadi bumi New Zealand yang masih 
  terpelihara  meski pun sudah bergelar negara maju. Sikap penduduk yang begitu peramah, 
  suka   menolong   dan  sangat  bertanggungjawab  terhadap negara  mereka  amat  menarik
  perhatian penulis.
- Pastinya  buku   ini  mahu mengajak  para  pembaca  untuk  mensyukuri  dan mengkagumi 
  betapa   indahnya  bumi  ini. Pemandangan  yang amat cantik serta kedamaian yang dirasai
  begitu   berbekas  di hati . Penulis  ingin berkongsi  pengalaman tersebut bersama pembaca 
  dan  mengajak  pembaca  turut  sama mengakui  kehebatan  Allah SWT  dalam  penciptaan
  langit dan bumi serta segala isinya. Melalui ayat-ayat Al Quran yang turut disertakan.
-Tidak   ketinggalan  gambar-gambar berwarna  untuk  menambah  nuansa  indahnya  bumi
  Moari ini.
- Buku  ini  amat  sesuai  untuk  dibaca  oleh  semua  peringkat  usia  terutama  bagi  mereka 
  minat mengembara.
  

Pengarang Buku Ini.
FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID adalah seorang guru dan masih berkhidmat di negeri 
Selangor. Memiliki  Ijazah  Sarjana  dalam  bidang  Pentadbiran  Pendidikan  (UPM) dan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan(Hons) dalam bidang Kimia dan Matematik (USM).
Berpengalaman mengajar subjek Kimia melebihi 20 tahun.

Beliau mula ke luar negara  pada tahun 1992 kerana  mengikut  suami berkursus. Negara
pertama  yang  beliau  jejaki ialah Jepun. Semenjak  itu  beliau  kerap kali ke luar negara,
sama ada  mengikut suami  bertugas  atau melancong. Beliau  melazimkan  diri  menulis 
setiap pengalaman yang dilaluinya di dalam sebuah buku khas buat kenangan.

Sehingga    kini,   beliau   sudah   bermusafir   ke bumi  Arab Saudi,    Amerika  Syarikat 
Washington DC,  New York,  Los Angeles  dan  Texas),  Australia  ( Sydney, Melbourne, 
Brisbane dan Gold Coast), New Zealand  (South Island), Kuwait, Emiriah  Arab  Bersatu
( Abu Dhabi,  Dubai  dan  Sharjah),  Qatar,  Bahrain,  Oman (Muscat),  Turki   (Istanbul),
China(Beijing), Taiwan(Taipei), Korea Selatan (Seoul),  Afrika  Selatan (Cape Town dan
Johannesburg),   Indonesia   (Medan, Bandung dan Jakarta),  Brunei,   Singapura, United
Kingdom (London, Newcastle,Tasik Windermere, Sunderland dan Dover), Jepun (Tokyo
dan Yamaghuci) ,Perancis (Paris dan Calais), Bosnia & Herzegovina dan Serbia (Zagreb)

Beliau   amat  minat   menulis  dan   ingin  berkongsi  pengalaman  yang  dilalui  ketika
bermusafir   di luar negara. Untuk  mengasah  bakat  yang  ada,  beliau  telah mengikuti
Bengkel  Penulisan  Islami  Menulis  Buku  Umum  Dan  Popular yang dianjurkan oleh
IKIM   (Institut  Kefahaman  Islam Malaysia)  pada   tahun   2011.  Penceramah  utama 
adalah  Ustaz  Pahrol  Mohd Juoi.  Lahirlah  tulisan  beliau yang  pertama  iaitu  Syurga
Di Wajah  Queenstown.  Namun  hasrat  untuk  menerbitkan  buku  tersebut  tertangguh 
kerana beliau  bercuti  dan  menetap  di Riyadh,  Arab Saudi, mengikut  suami bertugas
di sana dari tahun 2013 sehingga 2016.

Sepanjang   tempoh  bercuti,  minat  menulis   diteruskan   melalui   blog   beliau   iaitu 
Memory  ZiaSaf.  Blog tersebut  diisi  dengan  coretan  berkaitan travelog dan pelbagai
resepi  masakan  yang  telah  dicuba  dan  berjaya  mendapat  hasilnya. Blog yang telah
berusia   lebih   dua   tahun   tersebut   sudah   mencatat  jumlah   pageviews    melebihi 
80,000. Kini beliau sedang  menyiapkan Travelog Arab Saudi bertajuk Aku Di Riyadh.




Bagi mereka yang beminat untuk memiliki buku ini, sila WhatsApp 0133645560.

     
     








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...