Selasa, 17 Oktober 2017

Rasa Dapurku (255) - Acar Buah




BismillahirRahmanirRahim




Pecah air liur apabila terbayang Acar Buah yang menjadi penambah selera untuk dimakan bersama nasi. Biasanya dimakan bersama Nasi beriani di rumah kenduri. Untuk membeli, agak mahal harganya. Terkadang boleh dimakan begitu sahaja.

Acar Buah antara target untuk dicuba tetapi terasa macam payah aje. Sudahlah banyak bahannya, cili dan rempah perlu disangai dahulu. Waah lecehnya. Kebetulan resepi video cara menyediakan Acar Kurma oleh Mydin dishare di FB. Ehhh senang pulak. Aku pun gagahkan diri ke kedai Jeruk Pak Ali di Bangi untuk membeli buah-buah jeruk. Walaupun tidak lengkap kerana ada yang sudah habis, aku berpuas hari kerana mahu mencubanya buat pertama kali.Senang aje!


Resepi Acar Buah
Bahan2:
Bahan A
1 sudu besar bawang putih yang dikisar (6 ulas)
1 sudu besar bawang merah yang dikisar (6 ulas)
1 sudu besar halia dikisar ( 1 inci)
1 sudu besar biji sawi
1/2 cawan minyak masak

Bahan B
1/3 sudu besar halba
1 sudu besar serbuk cili 
1/2 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk jintan manis

Siapkan bahan-bahan dahulu

Bahan C
1 cawan gula pasir
1/4 botol cuka
Garam

Bahan D
1 cawan kurma kering (buang biji)
1 cawan pelbagai jenis jeruk :
buah ceri, buah pala (dipotong),jeruk mangga(dipotong)
limau,kana dan halwa halia
1 cawan buah prune (tak letak)
1/2 cawan kismis hitam (kuning pun ok)
1/2 cawan lobak masin (dipotong) jika ada
1 cawan buah pala kering 
1 cawan cili padi
2 sudu besar biji sawi
2 sudu besar bijan disangai tanpa minyak
15 biji bawang merah (kecil)
15 biji ulas bawang putih
* Bahan disusun ikut langkah penyediaan

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam sebuah kuali.
2.Masukkan bawang putih yang dikisar dan bawang merah yang dikisar.
   Kacau. Masukkan pula biji sawi dan halia kisar. Kacau sehingga hampir
   garing dan berbau wangi.(bahan A)
3. Masukkan halba, serbuk cili, jintan putih, ketumbar,kunyit dan jintan manis.
    Kacau sekejap biar rata.(bahan B)
4.Masukkan gula, cuka dan garam.Kacau dan biar mendidih.(bahan C)
5.Masukkan bawang putih dan bawang merah, jeruk, kurma, lobak, kismis,halia
   cili padi, biji sawi dan bijan. (bahan D)
5.Kacau sehingga sebati dan tutup api. Sejukkan.Simpan di dalam  bekas
   yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...