Isnin, 19 Februari 2018

Rasa Dapurku (265) - Apam Bengawan Solo



BismillahirRahmanirRahim.



Tetiba ada yang bercerita di WhatsApp mengenai kuih Apam Bengawan Solo atau Apam Solo. Melihat resepinya, agak mudah untuk disediakan. Lagi pula inti kelapa memang sedia ada di dalam ruang sejuk beku peti sejuk. Inti kelapa aku gunakan untuk menyediakan pau, roti, kuih koci, tepung bungkus atau kuih bom.

Resepinya aku ambil dari blog mdruzaidaud kerana bahan-bahan yang digunakan dalam kuantiti yang sederhana. Mudah sahaja menyediakan apamnya. Tetapi proses melukis bunga mengambil masa yang agak lama. Maklumlah keras aje tangannya. Setelah masak, rasa amat bangga kerana hasilnya yang cantik dan sedap. Puas hati.

Resepi Apam Bengawan Solo
Bahan2:
300 g tepung gandum*
1 sudu kecil yis segera*
90 gram gula putih*
125 ml susu cair*
300 ml air*
Secubit garam*

Pewarna pink dan hijau
Inti kelapa ( boleh diganti dengan inti lain)

Cara Membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan  bertanda * di dalam sebuah bekas yang sesuai/besen.
2.Gaul menggunakan whisk sehingga semua bahan sebati. Perap adunan selama 40 minit.
   (Aku biarkan sehingga 1 jam apabila ada buih terbentuk)
3.Kukuskan air di dalam pengukus sehingga mendidih.
4.Sapukan acuan dengan minyak masak. Selepas 1 jam, masukkan 1 sudu adunan apam
   ke dalam acuan. Masukkan inti kelapa. Kemudian masukkan 1 sudu adunan apam
   di atasnya.
5.Ambil sedikit adunan apam dan masukkan ke dalam dua bekas kecil yang berbeza.
   Masukkan pewarna pink dan hijau ke dalam bekas-bekas tersebut dan kacau hingga rata.
6.Corakkan permukaan adunan apam menggunakan adunan yang berwarna.

Sebelum dikukus

7.Kukus dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak. 
   Penutup periuk kukus dibalut dengan kain.

Selepas masak
Inti kelapa di dalam...sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...