Sabtu, 10 Februari 2018

Rasa Dapurku (263) - Ayam Masak Ungkep


BismillahirRahmanirRahim.




Masakan Jawa pulak!Rasa macam rendang tapi tidak perlu guna banyak santan dan tiada kerisik. Pertama kali buat agak kurang pedas jadi kurang ummpph. Mesti pedas baru sedap. Agak mudah untuk menyediakannya. Resepi diambil dari FB Resepi Meletop (diubah sedikit)

Resepi Ayam Masak Ungkep.
Bahan2:
1/2 ekor ayam dipotong (ambil bahagian yang ada tulang)

 Bahan kisar
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2- 3 inci kunyit hidup
15-20 biji cili padi hijau
1 biji buah keras
bahan * dikisar bersama
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar (atau ketumbar biji)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam

Untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 batang serai diketuk
1 senduk minyak masak
Garam dan gula

Bahan lain
1 biji buah tomato
1 keping asam keping (tak letak)
Kentang yang dipotong dan digoreng hingga masak (tak letak)
10-15 biji cili padi
1 helai daun kunyit disiat
1- 3 sudu besar santan pekat (boleh guna susu cair)
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan serai, goreng  hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga garing.
3.Masukkan ayam dan gaul mesra.Masukkan air secukupnya. Biarkan hingga ayam empuk 
   dan hampir pekat.
4.Masukkan daun kunyit, cili padi,kentang dan buah tomato. Kacau. Masukkan garam, gula 
    dan santan. Kacau supaya sekata dan tutup api.
   










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...