Jumaat, 8 Disember 2017

Rasa Dapurku (260) Rendang Ayam 2




BismillahirRahmanirRahim




Sudah 3 kali rendang ini dibuat....memang sedap. Lebih enak apabila dimakan dengan roti jala mengalahkan kari ayam pula. Resepi ini diberi  Pn Norliza Ghazali, seorang sahabat guru.

Aku mengikut semua bahan-bahan yang diberi dalam resepinya kecuali gula. Lebih banyak kerisik lebih sedap rasanya. Mudah aje membuatnya.

Resepi Rendang Ayam 2
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
6 batang serai*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2-3  kunyit hidup*
Semua bahan* dikisar
2 senduk cili kering yang dikisar (boleh tambah
cili padi jika suka)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Santan dari 1 biji kelapa
2 helai daun kunyit
4-5 sudu besar kerisik segar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali bersama minyak masak. Masukkan bahan kisar, cili kering,
   jintan putih dan jintan manis. Kacau sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga agak pekat dan ayam masak.
4.Masukkan kerisik dan daun kunyit. Perlahankan api dan biar sehingga pecah minyak.

Versi terlebih kerisik


Rasa hampir sama walau rupa berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...