Sabtu, 6 Januari 2018

Rasa Dapurku (261) - Sayur Kubis Masak Mamak



BismillahirRahmanirRahim




Tahun 2017 sudah pun meninggalkan kita. Kini kita sedang mengisi hari-hari di dalam tahun 2018. Semoga banyak yang dapat dilakukan buat bekalan di masa hadapan baik di dunia mahu pun di akhirat nanti.

Baru-baru ini diadakan jamuan perpisahan seorang rakan sekerja. Menunya agak ringkas namun sedap kerana kombinasinya yang sesuai. Bertepatan dengan tema Nasi Campur Mamak Melayu katanya. Kari ayam, sayur kubis mamak dan sambal belacan yang dicampur dengan hirisan bawang besar memberi sedikit kelainan. Mujur tidak ada ikan kering dan ulam-ulaman, jika tidak entah berapa pinggan nasi aku bedal.

Aku pun mencuba resepi sayur kubis mamak dengan melihat beberapa resepi di blog. Inilah hasilnya, sedap sehingga boleh diratah begitu sahaja.


Resepi Sayur Kubis Mamak
Bahan2:
1/4  atau 1/2 biji sayur kubis, dipotong dan direndam
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
bahan * ditumbuk bersama
1 sudu kecil biji sawi
1 biji cili merah/ cili kering dihiris
1/2 biji lobak merah dihiris
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun kari
Minyak masak
Garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan daun kari.
2. Masukkan bawang besar dan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga garing dan
    wangi.
3.Masukkan garam,serbuk lada hitam,lobak merah dan cili. Kacau biar sebati.
4.Masukkan kubis dan kacau. Masak sehingga sayur kubis lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...