Rabu, 14 September 2016

Dapurku D'Riyadh Mohon Undur Diri.




BismillahirRahmanirRahim





Entri penutup bagi Dapurku D'Riyadh yang berusia lebih kurang 1 tahun 5 bulan. Syukur kepada Illahi yang mentakdirkan kami sekeluarga berhijrah buat sementara di bumi Anbiya. Bumi yang memiliki dua tanah Suci iaitu Mekah dan Madinah. Masa berlalu begitu pantas, tiga tahun kami berada Riyadh. Ketika menatap gambar-gambar yang akan dimasukkan ke dalam entri ini, terasa pilu hati ini. Semuanya sudah menjadi kenangan yang sukar untuk berulang kembali. Alhamdulillah dengan lahirnya Dapurku D'Riyadh pada tahun lepas memudahkan kami untuk memutar kembali memori yang telah ditinggalkan. Moga resepi-resepi di dalamnya mampu membantu sesiapa sahaja yang sudi singgah di blogku ini. Aku berharap kebaikan yang terhasil darinya mampu menjadi aset buat bekalan kami di dunia dan di Akhirat.

Sudilah menatap gambar2 dapur yang telah aku tinggalkan di Riyadh. Aku pasti dapur yang pernah menjadi milikku kini sudah pun menjadi milik penghuni rumah yang baru. Jauh di sudut hatiku, aku berdoa moga aku berpeluang lagi memiliki dapur  di luar negara suatu hari nanti....aamiin. Minggu ini juga bakal menyaksikan ramai rakan-rakan yang sedang bercuti di tanah air akan kembali ke bumi Riyadh untuk meneruskan kehidupan di sana. Kepada rakan-rakan yang aku kenali seperti Amy, Nor, Roslina dan Wan Salisa, didoakan agar kalian selamat tiba di Riyadh dan terus berbahagia di sana. 

Dapur pertamaku di Riyadh terletak di Al Ghadeer. Saat itu tidak terlintas langsung bahawa suatu hari nanti aku akan memiliki blog sendiri. Oleh itu tidak banyak gambar yang diambil.

Dapur di Al Ghadeer  agak lama dan perabotnya agak tinggi2 belaka...saiz Mak Arab katakan.


Ruang makan yang luas dan selesa

Antara barangan yang dibeli untuk kelengkapan dapur
Rempah ratus yang mula-mula dibeli.


Kemudian kami berpindah ke perumahan universiti yang baru. Segala-galanya baru. Gambar-gambar yang diambil adalah beberapa minit sebelum kami meninggalkan rumah tersebut untuk kembali ke Malaysia 'For Good'. Jadi pemandangannya agak kosong dan lapang kerana semua telah dikemaskan.



Dapur yang menjadikan kerja-kerja memasak begitu mudah.


Kecil namun begitu selesa terutama di musim panas

Sinknya agak rendah dan sesuai dengan saiz aku


Tempat meletak barang2 keperluan harian.

Menjadi saksi gambar2 yang diambil kerana l di bahagian ini lebih cerah cahayanya


Kelihatan bilik tidur  kami yang berhampiran dengan dapur

Ruang makan rumah kami


Meja makan di mana kebanyakan gambar2 diambil
untuk dimasukkan ke dalam Dapurku D'Riyadh.

Mohon maaf atas sebarang kesalahan pada setiap entri yang dihasilkan melalui Dapurku D'Riyadh. Terima kasih bagi mereka yang sudi mencuba resepi-resepi yang diberikan. Jangan marah ya, jika tidak menjadi. Moga dapat bertemu lagi di entri yang berkaitan dengan resepi dan masakan di masa akan datang. Hanya kepada Allah aku berdoa agar diberi kekuatan dan kelapangan untuk meneruskannya. Tidak lupa juga, aku menjemput rakan-rakan sekelian untuk terus menatap blog  Memory ZiaSaf. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...