Jumaat, 9 Disember 2022

De. Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi (2)




BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, tanggal 6 Disember 2022 aku dijemput untuk meraikan persaraan cikgu Norbayani. Ianya dianjurkan oleh sahabat Panitia Matematik Kolej Vokasional Kajang. Sunggh terharu dengan ajakan tersebut sehingga saya tidak mampu untuk menolaknya.

Mestilah aku juga merasa rindu kepada mereka semenjak bersara pada tahun 2019. 

Majlis di adakan di restoran Chef Wan di Bangi. Untuk rekod, ianya merupakan kunjungan kedua. Risau juga kerana bajetnya mesti mahal tapi jika dikongsi ianya berbaloi. Hidangannya berkualiti tinggi dan sedap namun yang penting kita yakin kebersihan dan kehalalannya.


Aku sampai pukul 11.20, sedang menanti.
Dah sampai semuanya.
Hadiah buat kawan-kawan
Menu yang dipilih untuk 7 orang, ada tambahan lagi ya.
Starter 1 dah sampai, kerabu Pomelo tu memang the best!
Starter 2 ni lagi best3. Rangup, sedapnya. Kena gunting dulu tau 
sebelum ngap. Ada kuah kacang dan sambal.
Main menu pun sampai. Penuh meja.
Asam pedas ikan siakap. Sekoq teruih.
Ayam Dara Panggang dan Peria Goreng Ikan Masin

Sotong beb!
Kambing kuzi yang mangkuk kecil tu. Masak Lemak
Daging Salai pun ado.
Sangat berkhasiat, Brokoli, tofu dan cendawan
Dah kenyang, sampai pula pesanan tambahan, nak rasa je.
Buah pun sedap sebab siap untuk dimakan je.


Bubur Pulut Hitam
Bubur Som Som



Sebelum berpisah dan balik, kita bergambar dulu.


Puan Hajah Aslina, boss Panitia Matematik.

Puanbersara Puan Norbayani.

Puan NorShafina yang mengurus jamuan ini.

Puan Wan Norimah.

Puan Pirzin.
Sebelum balik ni.
Selamat terus bertugas walaupun dah tinggal berlima.
Puan Fea kat depan tu.


Terima kasih semua sahabat, semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. Insya-Allah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...