Isnin, 10 Julai 2017

Rasa Dapurku (236) - Ketupat Daun Palas Berkacang

Ketupat Daun Palas Berkacang


BismillahirRahmanirRahim



Ketupat Daun Palas merupakan antara menu utama keluargaku di Hari Raya Aidilfitri. Biasanya aku lebih suka jika ketupat tersebut dimasukkan kacang ketupat....ehmmm rasanya memang sedap. Enak dimakan begitu sahaja. Tanpa kacang, rasaya kurang mengancam dan jarang sekali aku mahu menikmatinya. Penyediaan resepi kali ini adalah bersama emak di kampung di utara tanah air,  sehari sebelum Syawal menjelma. 

Resepi Ketupat Daun Palas
Bahan2:
1/2 kilogram beras pulut - direndam 
1/2 kilogram kacang ketupat - direndam 
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
Sedikit garam
Daun palas 

Daun palas 

Dibuka dan dibentuk seperti ketupat terlebih dahulu
Kacang ketupat direbus bersama sedikit garam sehingga empuk

Cara Membuatnya:
1.Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan ke dalam sebuah periuk.
2.Masukkan pula kacang yang sudah direbus, santan dan garam secukupnya.
   Kacau.
3.Masak semuanya sehingga separuh masak masak dan airnya kering.
   Kacau selalu  supaya  rata dan tidak hangit. Guna api sederhana.
4.Tutup api dan biarkan sejuk.




5. Balut pulut dengan daun palas mengikut langkah seperti di bawah.




6. Rebus atau kukus ketupat yang siap dibalut sehingga masak. Lebih kurang 
    1 hingga 1 1/2 jam. Sejukkan sebelum dipotong. 



Sedap dimakan bersama kari, rendang atau serunding.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...