Selasa, 5 Januari 2016

Dapurku D'Riyadh (116) - Ayam Masak Ros


Sudah lama aku mahu mencuba resepi yang popular di sebelah utara Malaysia. Lauk ini biasanya terdapat di kedai mamak untuk dimakan dengan Nasi Kandar laa... Teringat ketika belajar di USM, terdapat sebuah gerai Nasi Kandar yang beroperasi di tepi jalan berhampiran dengan Pejabat Pos Gelugor, Penang. Aku suka membeli Nasi Kandar di situ walaupun terpaksa menunggu di dalam barisan yang agak panjang. Ayam Masak Ros menjadi pilihan aku setiap kali ke situ.

Sebenarnya aku sudah lupa rasanya sebab sudah  lama kejadian tersebut. Lagi pula kami terlalu jarang makan di kedai mamak kecuali di Restoran Insaf di Jalan TAR. Setelah melihat beberapa resepi di blog, Resepi Ayam Masak Ros mamak Haji menjadi pilihanku. Resepinya yang agak panjang memaksa aku membuat sedikit perubahan. Hasilnya tetap lazat.
Tetiba rindu pula dengan loghat orang utara ....jom  layan. Ianya kiriman anak-anak saudara aku setahun yang lalu. Hahaha....baca kuat2 ...mesti tergelak

qhe-ngau   - cakar        
se- qheyat  - reda/surut                 
hambat       - kejar         
kahaq Nakal
Te-qhe-bey  - Lastik
Me-gho-not Membongkok
kanyaq -   Mentah (berhingu
ketegaq Degil          
He-qhot petot - Senget benget
Pe-qhembang-Bidik(aim)
Me-qhela-Gatal
pedo-Hati2
contiaq-Lukis
Log laq-Cemekap/cuai
peysos-Urus
ligan-Kejar
hawing-Pusing
hapuih-Tenggelam(lemas)
cemuih-Bosan/jemu
punggai-Baling/lempar
Qhan-dok-Redah
tokak-Gigit
Me-qhe-kah-Kupas/koyak
Se-ghoh-Kebah/kurus
Gey-qhek-Basikal
Ayaq achaq-Air longkang
Qhen-jong-Tinggi lampai
gon -Cerun/bukit kecil
kelepiaq-Melibas
Pe-qho-ngoih-Panas baran
belemoih-Comot/kotor
kelolo-Tak berapa betoi
takek-Potong/ketuk
tetomoih -Tersungkur
hemoi-Muka tak malu
Be-qhemba-Bersaing/lumba
ku-tey-Cubit
Me-qhe-nyeh-Menggatal
Qhe-tiaq -Ikhtiar/fikir
Tak dan- Tak sempat
Da-oh-Tak matching 
 tahaq-Tahan
hebiaq-Celupar
celuih-Muat
Qha-gaih-Panjat
Maneh -melecaih
Tersangat- manis
Me-qhelit me-qhelap-Berkilau2
melewaq -Merayau
Lincun/lencun-Basah
Me-qhe-yup-Jauh/sayup
melahaq-Kebulur
lokoih-Kuyup
Je-qhang-Rebus
Qha-bat-Naik/panjat
kawaq-pencuri
capoi-celupar
Qhim-bok-belasah
melilau-Jalan2
cuak-seram
juih-Mulut muncung
luku Ketuk-kepala
qhondong-melulu qhedah-Redah
Ayaq seqhebat-Air sirap
peqhasat-Sangat dengki
mandom-Lembab
ceqhoi-Sangat cair
Qha-bit-terkoyak
Kok-ko-dukung
mai-mari
Terple’ot-terseliuh
gomoi-Bergaduh/bergusti
ketit -cubit
Ga-qhet-Gatal/mengada2
nala-Tersangat
Mang-kark-Buah tak  masak
bergenuak-Berduyun2
 polok-Makan penuh2
Tey-liang-senget
Qhe-ling -jeling
Peng-kaq-Kaki tempang
Me-qhe-nyut serabut
kesot-alih
cempong-Angkat/dukung
cepung-kepung
depa-mereka
Qha-let-Leka/cuai
Cey-mey -Mata bengkak
bakup-Mata layu katok-Ketuk/pukul
Buah ce-qhe-mai-Buah cermai
Bijik qhe-mia-Warna keunguan
Ikan temenung-Ikan kembung
sendai-Ketatkan/
kemakan -ketuat
kutil -mengacom mengadu
mengkelan-Tersangkut makanan
mo- Bawa/muat
Pedai- ayam
Kunci -mangga/padlock
Pe-daq-Rasa macam colgate
To-qheh -Turis/calar
kesot-injak
qhamaih-ramas
kedeqhat-kudran
pulun-Bersungguh2
biaq -biar
Rabat\ragaih-panjat
terebey-lastik
belengaih-kotor
contiang -lukis
mengkala-kalau
cewi-Berlagak dengan
katik-kecik
celapak-dating
Se-gheyau-Takut2
mengketedarah-makan
 hampa-mereka
merenyam-gatal
Ghe-nyeh-Senyum nampak gigi
singkiap-singkir
keleboq-paya
Lagu mana-Macam mana
Pok kai-Duit dah habis
terejai-Cakap secara kasar
hawaq-penyamun
Ghe-nyeh-Senyum terlebih
kuih -buang
lau-Reban ayam
toslet-Lampu suluh
pelekoh-pukul
luku -Pukul dengan guna tangan dikepala
Ber-ghetoh-berlaga
merengit -hitam
kahaq-kasar
cekeding-kurus
Lit-lit-panas
tere -pandai
gelema-kahak
ligan-kejar
Herot petot-Bengkang 
bengkok Je gheluih-timbus
tembun-gemuk
cemuih-bosan
perenguih-garang
juruih-Siram air
Koi-koi-Pelan2
Baloq liat-malas
Terpe- gheluih
jatuh-Tak kelapaq-Tak ingin
gabuih-Cuci

Bismillahirrahmanirrahim
Resepi Ayam Masak Ros
Bahan A
1 ekor ayam (900g) dipotong
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
3/4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan * dikisar halus
Garam
sedikit pewarna merah oren (pilihan)
Minyak masak

1.Gaul ayam yang telah dibersihkan bersama semua Bahan A dan perap sekurang-kurangnya
   30 minit.
2.Goreng di dalam minyak sehingga 1/2 - 3/4 masak. Jangan sampai garing. Ketepikan.

Bahan B
1-2 biji cili hijau
1-2 biji tomato 
1 batang karot
1 biji bawang besar
50 g badam dibuang kulit

Semua Bahan B dikisar sehingga halus.

Bahan C
2 batang serai
1 helai daun pandan (takde)
1 biji bawang besar dihiris
4 jenis bahan penumis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam masala
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar cili kisar(lebihkan jika mahu pedas)
2 sudu besar sos /puri tomato
3-4 sudu besar Tomato Sup
2 sudu besar yogurt
Garam
1 sudu besar bawang putih dan halia yang dikisar
Sedikit gula

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak yang dimasak ayam tadi ke dalam sebuah periuk. Masukkan
   bahan penumis dan serai/daun pandan.Masukkan pula bawang dan kacau sehingga
   hampir garing.
2.Masukkan bawang putih dan halia yang dikisar, kacau sehingga naik bau. Masukkan
   bahan cili kisar dan serbuk cili. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan bahan B,sos
   tomato, tomato sup.Biarkan sehingga mendidih.
3.Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih,garam masala dan yogurt.Masak sehingga 
   agak sebati.
4.Masukkan ayam dan kacau. Perlahankan api dan masak sehingga timbul minyak.(15-20
   minit). Masukkan hirisan daun ketumbar,tutup periuk dengan penutupnya dan padamkan api.


Berbaloi mencuba.




Lazat sangat rasa ayamnya, boleh dimakan begitu saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...