Selasa, 26 Mei 2015

Travelog : Oh! Riyadh - Makan Angin Sekitar Riyadh(1)

Makan Angin Sekitar Riyadh(1)

Nov 2013

Sabtu, kami mengunjungi Sahara Mall untuk sarapan tengahari. Terdapat ruang makan yang luas dengan kerusi dan meja memenuhi kawasan yang berbumbung lutsinar. Banyak sekali pilihan makanan di sini dan kami memilih untuk mencuba shawarma (2 sandwich kambing, chips dan pepsi) berharga 18 sr, sedang suamiku pula mencuba makanan cina (China Canton) yang mengandungi mee goreng, udang masam manis dan kambing berharga 24 sr. Juga terdapat theme park namun agak kecil dan tidak ramai kanak-kanak kerana selepas waktu zohor sehingga selepas waktu asar kebanyakan premis ditutup. Namun kebanyakan kedai di dalam mall masih meneruskan perniagaan tetapi apabila masuk waktu solat ianya akan ditutup.

Kami ke Hayat Mall yang terletak bersebelahan Sahara Mall. Hayat Mall menawarkan lebih banyak kedai-kedai yang berjenama namun yang menariknya terdapat pasaraya Danube. Di sini kami melihat pelbagai jenis kek, tart, pasteri dan biskut dijual. Ianya segar dan kelihatan begitu sedap sekali. Aku dan Saffura tidak dapat menahan diri lalu membeli beberapa potong kek di situ. Musollaa di Hayat Mall begitu selesa sekali, luas dan bersih. Ramai yang bersolat di situ. Kami ke Jarir Bookstore yang terletak bersebelahan dengan Hayat Mall. Kami melepak di Hayat Mall untuk menunggu Jarir Bookstore dibuka kerana kedai buku paling popular di Riyadh ini ditutup dari waktu  solat Zohor sehingga selepas waktu solat Asar.
"Ya Allah sejukkk….waah bestnya," aku terkejut dengan perubahan cuaca yang begitu berbeza seperti hari-hari biasa. Hebat sungguh penciptaan Allah. Sebelum ini angin yang bertiup membawa haba yang panas dan menyakitkan. Kini segalanya berubah. Tahulah kami musim bunga menyapa Riyadh.
"Macam kat London ya mama," balas Saffura. Angin sejuk bertiup perlahan dan amat menyegarkan.
Sejak hari itu kami penuhi hujung minggu kami dengan mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Riyadh.

Sekitar Universiti Prince Sultan


Tersesat jalan, terjumpa tempat orang beriadah.
Seronok dapat pegang pokok kurma.
Keliling kawasan universiti disediakan tempat untuk beriadah
Pintu masuk kampus wanita sahaja.

Cuaca yang sesuai untuk beriadah. Tetap mengenakan abaya
sewaktu beriadah.

Bunga-bunga mula berkembang, tak jemu mata memandang

Bunga ini tidak pernah aku lihat, banyak ditanam sekitar
PSU.

Seperti bunga raya dan orkid, pelbagai warna pula

Macam-macam ada
Seberang jalan kelihatan Kolej Teknikal Riyadh.




                                                                                                                                                                               zias/riyadh/15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...