Jumaat, 22 Mei 2015

Dapurku D'Riyadh : Ronda2 Cari Makan (2)



Dapurku turut tidak berasap pada hari tertentu seperti pada hari lahir ahli keluargaku.

1. The Lebanese Corner Restaurant.
    Setiap kali kami melalui Jalan Takhassusi untuk balik ke rumah pasti
    Saffura mengajak kami makan di restoran ini. Restoran ini memang besar
    dan kelihatan macam mahal aje. Suatu hari kami singgah untuk melihat
    dengan lebih dekat, tidak banyak kereta seperti yang biasa kami lihat
    di Al Romansiah atau Lemonnah. Suamiku masuk untuk melihat menu
    terlebih dahulu sementara kami berdua tunggu di dalam kereta.
    Setelah suamiku berpuas hati kami pun menaiki lift untuk ke ruang family.
    Suasana di dalam restoran yang luas itu memang agak kelas dan elegan.
    Meja dan kerusi di susun di ruang terbuka, tidak ada bilik-bilik kecil seperti 
    di restoran Arab yang pernah kami masuk sebelum ini. Meja diletakkan
    pinggan mangkuk dan gelas dalam susunan yang menarik. Suasana sunyi
    kerana tidak ramai pelanggan yang ada ketika itu Kami disambut oleh
    pekerja yang fasih berbahasa Inggeris lalu menempatka
    kami di  sebuah meja yang ada di situ. Kami diberi menu yang bersaiz besar
   yang ditulis dalam dwibahasa .
 
Menu ikan pilihanku , 65 rial.  Sakit gigi, banyak sangat kacang
Udang pilihan Saffura, 70 rial
Kambing, pilihan Bos, 55 rial
Salad - Mentang-mentang free,cam ni je

2. Amo Hamzah
    Kami masuk ke kedai ini kerana aku teringin merasa masakan berkaitan
    makanan laut. Saffura lagi suka kerana dapat makan udang. Tiga kali 
    pusing baru dapat parkir kereta di kawasan perumahan belakang kedai. 
    Terdapat 15 bilik di ruang family. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi dan meja.
    Orang agak ramai dan servisnya lambat. Peritnya apabila mereka terlupa 
    makanan yang kami  telah order. Walaupun mendapat pengalaman menyakitkan
    namun sampai sekarang Saffura tidak boleh lupa udang bakarnya yang sedap.
Nasi Mandy, sotong goreng,Moroccon Fish Tanjin,
Fattoush dan Udang bakar. Semuanya 142 rial
Pertama kali cuba Fattoush, sejenis salad yang ditabur
roti arab yang dipotong kecil dan dibakar

5 roti Arab percuma

Dua kedai ini telah disenarai hitamkan...hihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...