BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, hari ini kita menyambut Nuzul al-Quran. Peristiwa turunnya wahyu pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Peristiwa ini terjadi pada malam 17 Ramadan yang kemudian diperingati sebagai awal dari turunnya al-Quran dan permulaan risalah kenabian.
Kebiasaannya dalam kalangan masyarakat kita, setiap individu mahu mengkhatam bacaan al-Quran pada hari bersejarah ini. Tidak hairanlah majlis tadarus menjadi tumpuan untuk mencapai hasrat tersebut. Sesuai dengan bulan al-Quran, Ramadan menjadi tumpuan kita untuk membaca sebanyak yang boleh. Moga kita mendapat ganjarannya nanti, insya-Allah.
Minggu lepas saya mendengar dari Radio IKIM tentang doa yang dianjurkan untuk kita membaca sebanyak yang mungkin sepanjang bulan Ramadan. Yang saya ingat doa tersebut mengandungi syahadah, istifar, permohonan untuk masuk syurga dan dijauhi azab api neraka. Lepas itu saya sudah ingat doanya namun tidak selengkap yang saya dengari.
Kebetulan sewaktu taskirah Ramadan beberapa hari lepas Ustaz Zul Al-Baghdadi ada memberi doa yang sama namun ada sedikit penambahan dengan permohonan maaf di akhir doa. Ustaz ulang beberapa kali namun saya tidak dapat menangkapnya. Mujurlah saya mengenali ustaz yang merupakan guru al-Quran saya. Tanpa membuang masa, saya terus meminta doa tersebut dalam bentuk tulisan agar mudah dihafal. Saya kongsikan doa tersebut di sini.
Jom perbanyakkan doa di bulan Ramadan yang masih berbaki ini. Semoga Allah SWT menerima amalan dan doa kita serta menemukan kita dengan malam laylatul qadar, insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan