Ahad, 29 September 2024

Bengkel Melukis


BismillahirRahmanirRahim




Sewaktu zaman kanak-kanak saya memang suka melukis. Pokok kelapa, rumah kampung yang bertiang dan bertangga, sawah padi yang luas terbentang, berlatarkan bukit dan langit. Rajin sikit adalah burung seekor dua.

Menjejaki alam remaja dan dewasa, minat untuk melukis kian pudar dek kesibukan belajar kemudian berkeluarga.

Alhamdulillah, selepas bersara baru berpeluang sambung minat melukis semula. Ada pula pihak yang mahu membantu.

Terima kasih Dr Umi Kalthum Ngah dan Wanita Ikram Bandar Baru Bangi yang telah membuka peluang untuk saya mengilap kembali minat dan bakat tersebut. 

Doakan agar dapat dikembangkan melalui travelog atau genre lain. Insya-Allah.

Ambil peluang juga untuk mempromosi buku-buku travelog Fauziah Abdul Hamid. Alhamdulillah ada yang sudi membeli.


Dr Umi beli tiga buku.

Saya pun beli novel Dr. Umi

Jiran belajar dan sahabat penulis Puan Irni Fazrita dengan bukunya yang terbaharu, Pollyanna.
Belakang tu Mrs Jacintha, peserta kursus.

Bergambar dengan Puan Rashidah Zambri (kiri) dan Puan Norlaili.

Semua peserta buat tugasan yang diberi.

Cak!

Susah juga...hehehe

Dr Umi dan Puan Norlaili melawat kami.

Pelukis dan penulis hebat.

Semua alatan melukis diberi percuma, alhamdulillah.

Peluang keemasan yang berjaya diambil.

Lukis2.

Lulus!

Hasilnya...perlu banyak buat latihan ni.

Best!

Iklannya.

Jumaat, 27 September 2024

RRCM - Restoran Hameediyah, Penang.

BismillahirRahmanirRahim




Sewaktu belajar di USM, selalu sangat makan nasi kandar. Selepas menetap di negeri lain, memang terlalu jarang makan kat kedai mamak.

Baru-baru ni ambil peluang makan nasi kandar di Restoran Hameediyah yang terletak di Campbell Street. Kak Jee bawa kakak-kakak iaitu Kakak Aishah dan Kakcik. Tidak ketinggalan Si Fitri.

Restoran yang cukup terkenal di Pulau Mutiara ini telah berusia melebihi 100 tahun. Memulakan perniagaan semenjak tahun 1907. Kini generasi terkini menguruskannya. Terletak di laluan yang sangat sibuk dan sempit, pengunjung pun ramai di sekitarnya. Mujur ada kawasan parkir kereta yang berada tidak jauh dari kedai tersebut.

Ada tunjuk arah pula dari kawasan parkir menuju ke kedai tersebut, macam tau je kita nak pi makan kat situ. Khas buat pengunjung restoran ini gamaknya/

Memang teringin nak rasa lamb shank. Kami ambil tiga jenis lauk, dua jenis sayur, papadom dan nasi putih  untuk empat orang. RM98.00. Harga ni tak termasuk air minuman.

Murah kot sebab takde udang dan sotong. Semua tak nak udang dan sotong, ada yang takut kolesterol dan ada yang alergik.

"Kenapa panggil nasi kandar ma?" soal Saffura.

"Dulu-dulu nasi dan lauk pauk diletakkan dalam sebuah bakul dan dikandar semasa dibawa untuk jualan," saya layan soalannya.

Lamb shank tu memang sesuai dengan citarasa. Teringat2 lagi sampai la ni.

Terima kasih Kak Aishah dan Kakcik yang belanja kami makan.

Sempat juga kami tapau martabak kambing.  Puas hati sebab intinya banyak dan kulitnya nipis dan lembut. memang sedap aih!




Ada dua buah kedai, sebaris dan selang sebuah kedai.
Sini untuk makan sahaja dan order air.

Kedai asal. kat sini kita order nasi dan lauk pauk, nanti depa hantaq.

Campbell Street

Memang sesak.


Peria goreng tu mamang padu.

Tak sabar nak makan.

Tu dia

Martabak


 Sekarang sudah ada cawangannya di Seberang Jaya dan di Kuala Lumpur. Bolehlah cuba.

Selasa, 24 September 2024

Rasa Dapur Kak Jee (422) - Masak Lemak Cili Api Nanas Sama Ikan Kering

BismillahirRahmanirRahim



 

Assalamualaikum

Lama KakJee tidak berkongsi resipi di sini. Insaf pula. Dengan tercetusnya beberapa peristiwa di bumi Malaysia tercinta tentang isu makanan yang bersih dan halal, KakJee terpanggil untuk aktif kembali. Bermaksud, rajin memasak dan berkongsi resipi melalui bolg kesayangan ini.

Tidak dinafikan beberapa tahun kebelakangan ini, KakJee lebih banyak memberi tumpuan terhadap penulisan dan penerbitan buku-buku travelog sehingga terabai pengisian melalui blog ini. Tibalah masanya untuk KakJee kembali berblog. Diharap pengunjung blog ini sudi untuk setia menatap coretan KakJee. Insya-Allah.

Baru-baru ini Kak Jee ke MAHA 2024, dapat beli nanas yang comel saiznya dan manis rasanya. RM10.00 untuk empat biji. Murah! Teringin pula nak buat masak lemak dengan ikan kering. Kebetulan ada stok ikan talang kering. Jom tengok resipinya.


Resipi Masak Lemak Cili Api Nanas Sama Ikan Kering

Bahan2:
1 biji buah nanas, dibuang kulit dengan bersih, dibelah dua dan dipotong
4-5 keping ikan talang kering direndam sebentar
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai diketuk
Garam jika perlu

Cara membuatnya:
1. Cili padi dan kunyit hidup dikisar atau ditumbuk.
2. Masukkan bahan kisar, serai, ikan kering, santan cair,dan nanas dalam periuk dan masak sehingga nanas empuk. Masukkan asam keping. 
3. Masukkan santan pekat dan garam jika perlu. Kacau sehingga mendidih dan padamkan api.

Siap! Mudah je.
Selamat mencuba,


Bengkel Melukis

BismillahirRahmanirRahim Sewaktu zaman kanak-kanak saya memang suka melukis. Pokok kelapa, rumah kampung yang bertiang dan bertangga, sawah ...