Ahad, 22 Januari 2023

Cerita Balik Kampung (1)



BismillahirRahmanirRahim



Ini antara aktiviti semasa balik kampung bulan Disember tahun lepas. Aku adakan jamuan kesyukuran untuk adik-beradik dan beberapa orang jiran terdekat kakak sulungku, Kak Aishah. Majlis diadakan di rumah Kak Aishah kerana aku tinggal di rumahnya sepanjang tempoh balik kampung.

Alhamdulillah sebahagian besar adik beradik iaitu abang, kakak-kakak, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara dapat hadir. ianya sungguh memberi makna. Sekali gus mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.

Menu utama adalah seekor kambing bakar dengan pakej lengkap iaitu home made coleslaw, kentang putar, sup cendawan beserta garlic bread. Harganya RM1650.00. Hidangan tambahan pula ialah nasi goreng, kuih muih, buah-buahan dan air limau kasturi yang disediakan oleh cucu saudara Intan Fatihah dan dibantu Saffura.

Jom tengok proses membakar kambing ni. Selalu makan kat rumah kenduri kawin kan, tak pernah tengok prosesnya. Layan.

Belum mula, relaks dulu.

Proses memotong bermula.

Terus bakar
Tu tokeynya.

Salah seorang petugas.

Sekejap dah nak selesai.
Daging yang dipotong direndam dalam sos.
Seorang lagi petugas.

Test try

Home made coleslaw

Sup cendawan dan kentang putar.

Nasi goreng 
Kuih dibawa Ely.

Mari jamu selera.

Ni Kak Chik @ Azizah
Yang tengah tu Kak Aishah, yang kanan tu jirannya Yana.


Keluarga abang Mat.



Keluarga almarhum abang Abdul Razak.


Abang Rahman, tuan rumah.

Kak Milah, kakak ipar.



Anak menakan, sikembar.

Sebelum balik, kita ambil gambar buat kenangan.
Bagus Rosdi.

5 beradik dan mak.

Dari sebelah kiri, Mak, Kak Aishah, Kak Milah, Abang Mat dan Kakcik.

Alhamdulillah 3 generasi bersilaturrahim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...