BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum.
Cepatnya masa berlalu, bulan Disember pun sudah menjelma. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, kita akan bertukar tahun. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk melalui bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.
Tahun 2025, sempat Kak Jee travel ke Uzbekistan (Januari), Vietnam (Julai) dan Norway & Sweden (November). Kali ini Kak Jee kongsikan dahulu RRCM di Norway, Sweden dan Turkiye sewaktu trasit di situ.
Perjalanan kami bermula di KLIA jam 10:05 pagi, memakan masa selama 10 jam lebih untuk sampai di Istanbul Airport.
 |
| Terbang dengan Turkish Airlines |
 |
| Lunch, Kak Jee pilih pasta. Air ceri yang masam2 manis. |
 |
| Mengeteh |
 |
| 2 jam sebelum mendarat. |
 |
| Telur dan kentang. |
 |
| Selamat mendarat |
 |
| Kali kelima jejak di airport ni. |
Transit selama lebih 16 jam, lepak sambil tengok barang-barang yang mahal dalam Euro. Jam 9:00 pagi terbang ke Oslo. Sempat pekena Simit dan Burek. |
| Simit 5 Euro |
 |
| Burek |
Sampai di Oslo jam 11:00 pagi, usai urusan kami dibawa oleh travel agen ke pusat bandar. Hujan menjadikan keadaan kurang selesa untuk berjalan selepas makan. Kebetulan nampak kedai halal, terus masuk pesan makanan.
 |
| Oslo |
 |
| Vinny's Kebab, Oslo |
 |
Makan kat Vinny's Kebab. Saiz memang besar. Sedap! Kyllingkebab lamb (NOK120) dan Shawarma ayam (NOK 120), RM200.84 |
Meneruskan perjalanan Ke Flam, singgah solat di Napoli dan lunch di Khalles Corner.
 |
| Depan kedai. |
 |
| Makan Fish & Chips. Yang ni lagi mahal NOK 330 sepinggan. |
 |
Ada yang order Pizza, kami nak rasa Fish & Chips Norway.
Dari Flam ke Trondhelm, sampai dah malam jadi kami dinner di Menara Trondhelm. |
 |
| Restoran berputar seperti di Menara Kuala Lumpur |
 |
Kami pilih Sup Ikan (rasa masam sikit) dan Salmon bakar. Setiap satu NOK 300 ke atas. Memang mahal.
|
Dari Trondhelm ke Mo I Rana
 |
| Solat di sini. Muzium sains. |
 |
| Sempat pekena waffle |
 |
| Lembut, sapu jem. Terbaik |
 |
| Makan Pizza large untuk dinner di Trixie Kebab of Pizza di Trofors |
 |
| NOK 280 (RM140.00 sebiji) |
Kami sudah masuk ke Lingkaran Kutub Utara (North Circle) menuju ke Lofoten.
 |
| Singgah di mercu tanda Artic Circle |
 |
Muzium ni dah tutup.
|
 |
Lunch dan solat di sini. Restoran Salmon Rokland
|
 |
Buffet Salmon, NOK 250 seorang (RM125.00) Boleh tambah.
|
 |
Pekena 3 ketul ikan Salmon, puas makan.
|
Lofoten
 |
Fish & Chips
|
 |
| Nordis Restaurant di Svolvaer. |
 |
| NOK295 (bahagilah 2) sepinggan. |
Trip ini tidak termasuk makan jadi disebabkan harga makanan terlalu mahal, kami hanya makan sekali sahaja sehari di luar. Waktu lain kami bawa makanan dari Malaysia. Kak Jee bawa makanan sedia dimakan produk Brahim's seperti Nasi Arab, Nasi Tomato, Asi Beriani, Nasi Lemak. Tidak ketinggalan pes termasuk jenama Adabi.
Dari Norway, kami menaiki Sleeper Train untuk ke Stockholm.