Selasa, 30 Disember 2025

Konvokesyen Universiti Multimedia, Cyberjaya.



BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah, setinggi kesyukuran atas anugerah ini. Saffura selamat menerima segulung ijazah di usia 23 tahun dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Multimedia Cyberjaya pada tarikh 8 Disember 2025.

Awal pagi dah sampai dewan. Muka pun bengkak lagi.

Sebelum masuk dewan

Suasana di dalam dewan

Suasana di atas pentas.

Tahniah Permata Dunia

Keluarga dan barisan graduan di dalam dewan.

Pemandangan dari tempat duduk kami.


Para graduan menanti saat naik ke pentas.


Jumlah graduan

Sabar menanti


Acara bermula selepas perarakan masuk.

Pro-Chancellor YABhg. Tun Datuk Seri Panglima
Richard Malanjum.

Tiba masa beratur.

Dah nak naik pentas

Tu dia.

Alhamdulillah

Acara selingan - nyanyian oleh siswa dan siswi.


Yang ni best.

Tumpang bangga.

Presiden MMU mendeklamasi puisi yang panjang.
Berbakat rupanya,Profesor Dato' Dr. Mazliham

Alhamdulillah. Kawan sekolah Saffura dapat turut serta bersama dua jambangan bunga. Kawan sewaktu di Riyadh pun turut sama.

Aishah

Sarah, sama-sama mengerjakan haji sewaktu di Riyadh








Selesai majlis, terus lunch di Rebung 2 Putrajaya.



Laluan akademik sehingga 2025

1. Sekolah Rendah (SERI) ABIM , Bandar Baru Bangi (2009-2013)
2. Al- Alameen International School, Riyadh (2013-2016)
3. Sri Ayesha Islamic School, Bangi. (2016-2019) - IGCSE
4. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Bangi (2019 - 2023) - Diploma Pengurusan Perniagaan
5. Universiti Multimedia, Cyberjaya (2023-2025) - Ijazah Pengurusan Perniagaan.





















 

Ahad, 28 Disember 2025

Review Buku Di Bawah Kubah Biru Uzbekistan Oleh Sri Diah Shaharuddin.




BismillahirRahmanirRahim




Assalamualaikum

Gembira tak terkira menerima review daripada Guru Penulisan saya yang disayangi, Puan Sri Diah Shaharuddin. Sungguh, ulasan yang diberi oleh beliau menambahkan lagi keyakinan saya untuk berkarya dan menerbitkan buku travelog yang seterusnya. Rasa seperti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Pengiktirafan yang sangat bermakna bagi seorang penulis swaterbit seperti saya. 

Moga buku ini laku keras di pasaran, jom sokong saya dengam membeli buku ini.

Pertemuan kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025
di Shah Alam.



Berikut adalah perkongsian beliau di Facebook.








 


Hubungi link ini untuk beli.

https://my.shp.ee/wJHQ6a4
https://wa.link/6qsshx

Stok Teh Uzbekistan masih ada untuk setiap pembelian akan diberi percuma.

Sabtu, 27 Disember 2025

Rasa Dapur Kak Jee (427) - Cekodok Pisang Bebas Gluten

BismillahirRahmanirRahim


Rupanya, boleh je buat  jemput-jemput pisang atau cekodok ni tanpa tepung gandum (gluten).
Rasanya pun lebih enak dan tak perlu risau nak makan banyak. Resipi kali ini Kak Jee ubah suai daripada resipi cucur jagung sebelum ni. 

Nak bagi petua, jika buat cekodok apa pun elakkan tambah tepung kemudian. Maksudnya masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu cair sehingga perlu tambah tepung lagi. Insya-Allah lembut kejadiannya nanti.

Mai tengok resipinya.

Resipi Cekodok Pisang Bebas Gluten

Bahan2
Pisang yang sesuai dan dah ranum dalam 6-8 biji (ikut saiz)
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung ubi kayu
Garam
Sedikit gula Melaka jika perlu
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya:
1. Pisang dilenyek sehingga hancur elok dalam bekas yang sesuai.
2. Masukkan tiga jenis tepung sambil digaul sehingga sebati. Masukkan garam dan gula jika kurang manis.
3. Tambah sedikit air jika adunan agak keras. Pastikan adunan boleh dijemput atau dibentuk.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga agak garing,

Selamat mencuba!




 

Ahad, 14 Disember 2025

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025



BismillahirRahmanirRahim




Alhamdulillah, syukur buku kelapan Kak Jee dapat berada di rak buku reruai untuk pesta buku yang berprestij ini. Kali ini di Reruai S11, Kasi Terbit dan Kata Kata dan Reruai N09 dan N10, Pekan Ilmu Publications dan Tiga Ros.

Kak Jee juga berpeluang bertugas di Reruai S11 selama dua hari iaitu pada 29 Nov dan 30 Nov. Seronok dapat bertemu dengan pengunjung dan pembeli buku Kak Jee. Lebih seronok lagi adanya muka-muka baru yang sudi membeli buku Uzbek. 

Jom, sambung cerita di gambar.

Pesta buku kali ini berlangsung di Setia City Convention
Centre Shah Alam dari 28 Nov sehingga 7 Dis 2025.


Kelihatan dewan di mana berlangsungnya pesta buku dari Hotel Marriot.

Sempat bergambar dengan empunya reruai, Rohaniah Noor.

Pembeli pertama, sahabar penulis Puan Nabun Ahmad.

Dapat hadiah teh Uzbekistan.

Sain untuk Puan Amshida Ahmad Rani.

Beliau pun penulis swaterbit dan buka reruai di depan kami, Reruai Mandiri.


Sahabat penulis dari Ipoh yang kebetulan ada urusan di Shah Alam. 
Terima kasih Puan Muzaina.

Pembeli baharu travelog Fauziah Abdul Hamid.

Terima kasih Tuan Rusly.


Tuan Amirol dan Puan Aqilah yang mewakili Datin Nor Azzah dari
USIM singgah beli.


Awal pagi dikunjungi Nilam Tang yang juga penulis
travelog dan buku kanak2.

Uztaz Ruzain Shukor pun singgah dan beli.


Guru penulis kesayangan saya Puan Sri Diah Shaharuddin.

Menerai topi Uzbek.

Walaupun hanya mampu hadir dua hari namun saya rasa begitu teruja dan bersemangat untuk terus menulis dan menerbitkan buku yang seterusnya. Hari-hari seterusnya Rohaniah yang melayan pengunjung dan pembeli buku saya.


Terima kasih Tuan Hasri Hasan, Deputy CEO 
di Kota Buku.

Tuan ini pernah beli buku travelog saya sebelum ini di SIBF, dah tak ingat namanya.

Sahabat penulis Kak Sufie sudi singgah beli,

Teman bertugas.

Jiran kami.


Ada empat buku saya di Reruai Pekan Ilmu dan Tiga Ros.


Tu haah.




 

Terima kasih semua, jumpa nanti di PBAKL 2026, Insya-Allah.

Untuk yang berminat untuk mendapatkan buku-buku saya. Boleh DM atau WhatsApp saya.

Konvokesyen Universiti Multimedia, Cyberjaya.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, setinggi kesyukuran atas anugerah ini. Saffura selamat menerima segulung ijazah di usia 23 tahun den...