Khamis, 26 Jun 2025

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib





 

Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil daging korban. Tahun ini kami buat di Surau As Siddiq, jadi dapatlah lima kilo daging, sebungkus tulang lembu dan sebungkus campuran limpa, hati, paru dan jantung lembu.

Sewaktu gotong royong menyediakan bahan masakan untuk daging korban, ada yang beritahu tentang Rendang Nasib.

"Tak pernah dengar pun," respon saya.

"Masak macam rendang daging tapi campuran daging dan organ-organ dalaman tu. Jadi nasiblah siapa yang dapat daging atau organ dalaman," terang Puan Adibah.

"Oh! Nak cubalah." 

Kebetulan pula sahabat muka buku, Puan Sri Diah Shaharuddin berkongsi resipinya. Mudahlah kerja saya. Ikut ajelah, cuma saya tambah penumis atau empat sekawan, nak bagi lebih ummp.

Cubalah, bagi saya rendang ini memang sedap terutama yang organ-organ tu.

Resipi Rendang Nasib

Bahan2:
2 kg campuran daging, limpa,hati,paru dan jantung lembu. Dipotong kecil dan direbus sehingga mendidih, buang air rebusan.
20 biji cili kering*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai* (saya tambah, 2 batang serai yang diketuk)
1 inci kunyit hidup*
5 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar kerisisk
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Kisar bahana yang bertanda *
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis penumis diikuti dengan bahan kisar.
3.Kacau hingga wangi dan masukkan rempah, biar pecah minyak.
4.Masukkan daging dan lain-lain yang direbus dan masak sehingga lembut, tambah air jika perlu. 
5.Masukkan santan, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perisakan dengan garam dan masak sehingga pekat dan berminyak.
6.Sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.

Selamat mencuba.

Isnin, 16 Jun 2025

Korban 1446H/2025M


BismillahirRahmanirRahim




Selamat Hari Raya Aidiladha.


Alhamdulillah, tahun ini dapat bersama jiran-jiran meraikan program ibadah korban di Surau As-Siddiq. Program bermula seawal jam 9:00 pagi selepas selesai solat sunat Aidiladha. 


Apron khas untuk petugas wanita.


Lembu korban suami dan geng.

10 ekor lembu untuk korban tahun ini, RM1,000.00 satu bahagian lembu

Tiga ekor kambing.

Siap sedia.
Mulakan tugas bersama jiran.

Dapat kawan baru, Puan Norhashimah.

Semakin ramai yang datang membantu.


Meriah.

Dengan kawan mengaji, Puan Zainabi.

Dapat beberapa petua sewaktu memotong daging. Hiris tengah garisan 
untuk potong uratnya supaya cepat masak dan lembut.

Nilah daging urat keting yang sedap dibuat sup! Tak pernah try lagi.

Situasi di luar surau pula. Berbaju kuning tu, petugas lelaki.

Siap memotong, kita tolong kacau pula. Ni gulai kawah, sedap giler!

Tu dia!


Masak lemak cili padi N9.

Kari kambing.

Sup tulang, kaum bapa yang masak kali ni.

Makan time.

Semua sedap.


Makan dengan geng.

Tu dia, makan sakan.

Kongsi tiga orang.


Semoga ibadah korban kita diterima walaupun di mana kita melaksanakannya.
Jumpa lagi tahun depan, insya-Allah.


Bergambar selepas solat sunat.

 

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib

BismillahirRahmanirRahim   Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil dagi...